GAZA: Hamas mengumumkan sudah mencapai persetujuan mengenai penyelesaian untuk menamatkan kelewatan pembebasan tahanan Palestin semasa lawatan ke Kaherah.
Penyelesaiannya ialah membebaskan tahanan Palestin serentak dengan mayat tebusan Israel yang terbunuh yang dipersetujui untuk diserahkan semasa fasa pertama, kata kumpulan pejuang Islam itu dalam satu kenyataan dipetik Reuters
Hamas berkata, delegasinya, yang diketuai oleh Ketua Kumpulan Gaza, Khalil Al-Hayya telah mengulangi komitmen terhadap perjanjian gencatan senjata dengan semua peringkat dan fasalnya.
“Banduan Palestin akan dibebaskan serentak dengan mayat tebusan Israel yang dipersetujui untuk diserahkan semasa fasa pertama, bersama wanita dan kanak-kanak Palestin,” kata Hamas.
Terdapat perselisihan mengenai pembebasan lebih 620 rakyat Palestin, yang ditangguhkan oleh Israel selepas rejim itu menuduh Hamas melanggar perjanjian dengan membuat pertunjukan umum mengenai penyerahan tebusan Israel di Gaza.
Kenyataan Hamas mencadangkan bahawa krisis yang boleh menjejaskan perjanjian gencatan senjata yang rapuh itu telah dielakkan.
Tiada komen segera daripada Israel.










