Wanita Vietnam terlibat sindiket perkahwinan palsu dipenjara

Wanita Vietnam terlibat sindiket perkahwinan palsu dipenjara

ZI Jian mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana melanggar syarat kuarantin atau pengasingan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Mahkamah Singapura menjatuhkan hukuman penjara lebih enam bulan terhadap seorang wanita warga Vietnam selepas mengaku terlibat dalam sindiket perkahwinan palsu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Nguyen Thi Thuy Quyen, 31, mengaku terpedaya dengan iklan yang menawarkan perkahwinan palsu bagi membantu warga asing memanjangkan tempoh mereka tinggal di Singapura.

Dia kemudian membayar sejumlah AS$33,000 (RM145,453) untuk perkahwinan tersebut sebelum ia terbongkar oleh pihak berkuasa.

Semalam, Nguyen dijatuhi hukuman penjara selama enam bulan dan tujuh minggu selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan di bawah Akta Imigresen.

Kesalahan pertama melibatkan perkahwinannya dengan Jonathan Kwek Zi Hao, yang hanya berstatus suami atas nama, bagi mendapatkan kelebihan imigresen, manakala kesalahan kedua pula kerana memberikan kenyataan palsu untuk mendapatkan borang pas lawatan jangka panjang.

Pihak pendakwaan tidak menyatakan sama ada Kwek didakwa atau turut berdepan tindakan undang-undang antas peranannya dalam sindiket tersebut.

Pegawai kanan pendakwaan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), Ganeshvaran, memaklumkan mahkamah bahawa Nguyen sebelum ini diberikan permit kerja yang sah dari 27 Ogos 2022 hingga 2 Februari 2023 untuk bekerja sebagai artis persembahan.

Menjelang tarikh tamat permit kerja, Nguyen menemukan iklan di sebuah platform pemesejan dalam talian yang mempromosi perkahwinan palsu sebagai cara warga asing memanjangkan tempoh mereka tinggal di Singapura.

Perkahwinan palsu sering digunakan sebagai modus operandi untuk mendapatkan status imigresen di Singapura.

Pihak berkuasa sudah beberapa kali memberi amaran mengenai tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam sindiket berkenaan.– CNA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN