Pertukaran tebusan dan tahanan di Gaza diteruskan selepas pertikaian mayat

Pertukaran tebusan dan tahanan di Gaza diteruskan selepas pertikaian mayat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA: Pertukaran tebusan dan tahanan yang ketujuh di bawah gencatan senjata rapuh di Gaza dijadualkan berlangsung hari ini walaupun Israel menyatakan kemarahan setelah Hamas menyerahkan mayat dua kanak-kanak tebusan tanpa ibu mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengecam Hamas sebagai biadab, menuduh kumpulan pejuang Palestin itu membunuh Ariel dan Kfir Bibas yang mayatnya diserahkan pada Khamis.

Hamas sebelum ini memaklumkan ibu mereka, Shiri Bibas turut termasuk dalam empat mayat yang diserahkan itu, tetapi analisis Israel mendapati bahawa mayat itu bukan miliknya.

Hamas mengakui kemungkinan berlaku kesilapan atau pertukaran mayat, berikutan pengeboman Israel di kawasan tersebut.

Kumpulan pejuang itu turut menegaskan komitmen penuh terhadap perjanjian gencatan senjata yang sedang berjalan, di mana setakat ini seramai 19 tebusan Israel telah dibebaskan dari Gaza sebagai pertukaran dengan lebih 1,100 banduan Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel.

Sayap bersenjata Hamas juga mengesahkan bahawa mereka akan melepaskan enam tebusan Israel yang masih hidup dalam pertukaran ketujuh.

Mereka adalah tebusan terakhir yang layak dibebaskan di bawah fasa pertama perjanjian gencatan senjata, yang dijangka berakhir pada awal Mac dan berjanji untuk menyerahkan empat lagi mayat minggu hadapan.

Sementara itu, Kelab Banduan Palestin memberitahu, Israel akan membebaskan 602 banduan sebagai sebahagian daripada pertukaran ini.

Jurucakap NGO itu berkata, seramai 445 daripada mereka adalah rakyat Gaza yang ditahan selepas perang bermula, manakala 60 orang sedang menjalani hukuman panjang, 50 lagi menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Seramai 47 orang lagi adalah mereka yang ditangkap semula selepas dibebaskan dalam pertukaran banduan pada tahun 2011.

Selain itu, 108 orang daripada banduan ini akan dihantar ke luar Israel dan wilayah Palestin selepas dibebaskan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×