Umrah: Andalusia, koperasi Jabatan Pertanian jalin kerjasama

Umrah: Andalusia, koperasi Jabatan Pertanian jalin kerjasama

Md. Daud Che' Ngah (duduk tengah) dan Azreen Basir (duduk kiri) bersama para tetamu selepas majlis tandatangan perjanjian kerjasama strategik di Wisma Tani, Putrajaya, semalam. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) semalam memeterai perjanjian kerjasama strategik bersama Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad dengan menyediakan tawaran istimewa untuk mengerjakan umrah kepada ahli koperasi.

Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md. Daud Che Ngah berkata, kerjasama juga bertujuan memperbaiki pengurusan risiko antaranya bagi menghindari isu penipuan pelancongan, umrah dan haji dalam kalangan penjawat awam khususnya Jabatan Pertanian.

Melalui kerjasama itu katanya, koperasi boleh memastikan ahli-ahli mereka mendapat perkhidmatan yang berkualiti tinggi selain meningkatkan kepuasan dan reputasi organisasi.

“Melalui kolaborasi bersama koperasi ini, kita dapat memberikan kepada ahli satu jaminan, mungkin koperasi boleh memberikan wang pendahuluan untuk mereka menunaikan umrah.

“Pada masa sama, kita di Andalusia ingin memberi banyak tawaran apabila tiba masanya mengikut musim. Mereka ini ramai ahli maka ada tawaran yang kita boleh berikan mengikut kesesuaian pada waktu itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis memeterai kerjasama strategik di Wisma Tani di sini semalam..

Md. Daud berkata, tawaran yang disediakan seperti potongan harga RM200 untuk seorang ahli yang berdaftar bersama ahli keluarga bagi pakej umrah Andalusia sepanjang musim 1447H/2025-2026M.

Selain itu, katanya, Andalusia turut menawarkan pakej umrah percuma kepada seorang individu bagi setiap pendaftaran 25 ahli dalam satu resit dan tarikh penerbangan yang sama.

Sementara itu, Pengerusi Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Jabatan Pertanian Berhad, Ts. Azreen Basir berkata, melalui kolaborasi bersama Andalusia, seramai 1,500 ahli berpeluang menikmati kemudahan pembiayaan yang disediakan oleh pihak koperasi untuk menunaikan umrah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×