Iran tuduh Israel ganggu penerbangan ke Lubnan

Iran tuduh Israel ganggu penerbangan ke Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN: Iran menuduh Israel mengganggu penerbangan dari Teheran ke Beirut selepas sebuah pesawatnya dinafikan untuk mendarat di ibu negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei berkata, Israel mengancam pesawat penumpang yang membawa warga Lubnan dari Teheran, menyebabkan gangguan dalam penerbangan biasa negara ke lapangan terbang Beirut.

Beliau mengecam ancaman Israel yang didakwa itu sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Esmaeil turut menyeru Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) dan badan dunia lain untuk menghentikan tingkah laku berbahaya Israel terhadap keselamatan penerbangan awam.

Semalam, Iran turut menghalang pesawat Lubnan daripada membawa pulang puluhan warganya yang terkandas di Iran, dengan tidak membenarkan penerbangan Lubnan mendarat sehinga penerbangannya sendiri ke Beirut.

Duta Iran ke Beirut, Mojtaba Amani, memberitahu televisyen negara Iran bahawa negaranya hanya akan membenarkan pesawat Lubnan mendarat jika penerbangan Iran dibenarkan ke Beirut.

“Pastinya permintaan kerajaan Lubnan akan diterima, tetapi dengan syarat mereka tidak menghalang penerbangan Iran,” katanya.

Kebuntuan itu menyebabkan puluhan warga Lubnan terkandas di Iran selama tiga selepas menghadiri ziarah keagamaan.

Kenyaataan Baghaei tidak memperincikan sifat ancaman yang dikaitkan dengan Israel, tetapi ia dibuat selepas jurucakap tentera mendakwa Pasukan Quds elit Iran dan kumpulan Hezbollah dari Lubnan menggunakan penerbangan awam untuk menyeludup dana ke Beirut.

Hezbollah dan pegawai Lubnan menafikan dakwaan Israel bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri di Beirut digunakan untuk mempersenjatai kumpulan itu.

Israel berulang kali menuduh Hezbollah menggunakan satu-satunya lapangan terbang di Lubnan untuk memindahkan senjata dari Iran.

Tentera Israel menyerang kawasan tersebut semasa peperangan dengan kumpulan bersenjata Lubnan tahun lalu.

Khamis lalu, Direktorat Jeneral Penerbangan Awam Lubnan mengumumkan penjadualan semula sementara beberapa penerbangan, termasuk dari Iran sehingga 18 Februari kerana sedang melaksanakan langkah keselamatan tambahan.

Tarikh tersebut kebetulan jatuh pada tarikh akhir bagi pelaksanaan sepenuhnya perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hezbollah.

Susulan itu, sekumpulan penyokong Hezbollah di Lubnan telah menyekat jalan menuju ke lapangan terbang Beirut dan membakar tayar sebagai protes terhadap keputusan itu. – AL-JAZEERA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN