Warga Kanada 'gembira' sambut ribut salji

Warga Kanada ‘gembira’ sambut ribut salji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTREAL: Ribut salji besar melanda kawasan timur Kanada semalam menyebabkan banyak sekolah dan kedai ditutup, penerbangan ditangguhka, dan keadaan jalan raya menjadi berbahaya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Namun, warga Kanada ‘menyambut’ ribut salji ini dengan penuh kegembiraan.

“Saya suka sekali. Sudah lama kami tidak mengalami salji lebat seperti ini. Orang ramai sangat gembira dan cuaca ini sangat cantik,” kata seorang penduduk Montreal, Caroline Hervochon.

Ribut musim salji mula melanda Ottawa Rabu lalu dan turut menjejaskan bandar-bandar utama seperti Toronto, Montreal, dan Quebec City.

Salji setinggi 30 sentimeter (cm) turun semalaman dari 12 hingga 13 Februari, menurut perkhidmatan cuaca Kanada.

Lebih 40cm salji dijangka turun dalam tempoh 24 jam berikutnya, disertai angin kencang yang mencapai 80 kilometer sejam, menyebabkan salji bertiup dan mengurangkan penglihatan di jalan raya.

Penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Toronto turut terjejas, dengan beberapa penerbangan dibatalkan atau ditangguhkan akibat ribut salji ini.

Di seluruh kawasan tersebut, ratusan mesin penyapu dikerahkan untuk membersihkan jalan raya dan lebuh raya yang diselaputi salji.

Ramai penduduk dilihat keluar rumah menggunakan penyodok salji beberapa kali dalam beberapa jam untuk membersihkan salji di kaki lima.

Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai untuk berhati-hati dan mengambil rehat yang kerap agar tidak keletihan.

Menurut pakar cuaca, jumlah salji yang turun di timur Kanada telah berkurangan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Jean Bouchard, seorang penduduk, menyatakan bahawa salji semakin kurang tahun demi tahun.

“Mungkin disebabkan pemanasan global, jumlah salji berkurang,” katanya.

Pensyarah, Dr. Chiara Letizia turut menyatakan rasa gembira dengan salji yang turun.

“Salji seperti sebuah pesta bagi saya,” ujarnya.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN