Roshila hilang kawan setelah hidap kanser payudara

Roshila hilang kawan setelah hidap kanser payudara

ROSHILA Mohd. Rozlan (tiga dari kanan) mencurahkan pengalamannya untuk membantu pesakit kanser yang lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kawan-kawan menjauhkan diri merupakan antara detik pilu yang dilalui oleh Roshila Mohd. Rozlan, 50, selepas di­sahkan menghidap kanser pa­yudara pada November 2018.

Kata ibu kepada enam orang anak itu, sejak itu dia tidak lagi diajak untuk bersosial manakala aktiviti yang selama ini dilakukan bersama dibuat tanpa penge­tahuannya.

“Paling menyedihkan apabila kawan-kawan menjauhkan diri setelah mengetahui saya menghidap kanser. Mereka beranggapan saya tiada harapan untuk sembuh dan kembali sihat. Apabila saya mahu turut serta, aktiviti tiba-tiba ditangguhkan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, Roshila beker­ja sebagai kerani dan menjadi tenaga pengajar seni silat, namun semuanya terkubur selepas menghidap kanser.

Tambah beliau, sebaik sahaja disahkan menghidap kanser, beliau bagaikan hilang arah dan cuba mencari punca serta rawatan bagi mengubati penyakitnya.

“Saya ambil masa untuk menerima takdir. Paling sukar adalah untuk menepis tanggapan orang luar tentang nasib pesakit kanser. Saya turut dihidangkan dengan pelbagai produk yang kononnya boleh menyembuhkan kanser,” katanya.

“Saya terpaksa melalui lebih 20 kali rawatan termasuk di Institut Kanser Negara, Putrajaya dan akhirnya disahkan bebas kanser pada Oktober 2024 selepas berikhtiar selama enam tahun melawan penyakit,” katanya.

Dia kini menjadi aktivitis untuk membantu penghidap kan­ser di Perak dengan menyertai pelbagai persatuan sukarelawan dan kebajikan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini