Tingkat hasil padi berbanding ‘kejar’ harga tinggi - Mahfuz

Tingkat hasil padi berbanding ‘kejar’ harga tinggi – Mahfuz

Mahfuz Omar melayan pelajar yang dibantu dalam Program Kembali Ke Sekolah di Alor Setar semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Para pesawah diminta menukar pemikiran daripada terlalu ‘mengejar’ harga belian padi yang tinggi kepada usaha meningkatkan hasil yang lebih banyak sebagai langkah menambah pendapatan.

Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Datuk Mahfuz Omar berkata, ketika ini kebanyakan petani hanya dapat menghasilkan kira-kira empat tan padi sehektar.

“Ada pula cuma hasilkan dua tan padi saja sebab mereka kejar harga. Apabila kilang beli harga RM1,800, mereka kata tidak buat sungguh-sungguh pun tidak apa kerana harganya tinggi sedangkan jumlah itu tidak berbaloi untuk sehektar sawah, ada orang lain dapat hasilkan antara tujuh hingga 12 tan.

“Lebih banyak hasil, lagi banyaklah pendapatan diperoleh,” katanya selepas Program Kembali Ke Sekolah di sini, semalam.

Mengulas desakan pesawah agar harga belian padi dinaikkan, Mahfuz berkata, ketika ini banyak pihak terkeliru apabila mendakwa kerajaan menurunkan harga belian padi hingga memberi kesan kepada pesawah.

“Hakikatnya, kerajaan tidak pernah turunkan harga padi sebaliknya telah menetapkan harga lantai lebih tinggi daripada RM1,200 kepada RM1,300 sekarang, yang beli sampai RM1,800 sebelum ini adalah pihak kilang.

“Tetapi dalam menentukan kenaikan harga lantai ini, banyak pertimbangan perlu dibuat dengan situasi menang-menang melibatkan pesawah, pengguna, pengilang dan peruncit.

Pertimbangan inilah yang sedang dibuat kerajaan dan kita tidak boleh lakukan peningkatan harga belian padi,” katanya.

Katanya, secara peribadi beliau lebih suka sekiranya penetapan harga belian padi dibuat mengikut perkembangan harga beras dunia yang mungkin lebih mudah, namun kerajaan perlu mencari kaedah untuk tidak membebankan masyarakat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×