Graduan kejururawatan miliki peluang cerah di luar negara

Graduan kejururawatan miliki peluang cerah di luar negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELALUI pengalaman peribadi, saya yang merupakan ‘produk’ ijazah kejururawatan mendapati banyak impak positif hasil dari penawaran kursus ini.

Langkah awal yang diambil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk menawarkan biasiswa kepada universiti tempatan seperti Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menaja pelajar ijazah kejururawatan sekitar tahun 2000 antara inisiatif untuk memacu profesion kejururawatan di Malaysia.

Rata-rata graduan yang ditaja JPA berjaya berkhidmat sebagai Jururawat U41 atau Tutor di Kementerian Kesihatan (KKM). Sebahagiannya pula berkhidmat di sektor swasta sebagai jururawat ijazah dengan elaun kritikal tertentu, instruktor klinikal atau tutor di kolej-kolej swasta.

Tidak dinafikan ramai yang tertanya-tanya apakah perbezaan antara jururawat diploma dan ijazah? Dari aspek perkhidmatan klinikal tiada bezanya tugas hakiki seorang jururawat kerana perlu memberi menjaga rawatan pesakit. Namun begitu, seorang jururawat berijazah memerlukan mereka terlibat dalam pengurusan, audit klinikal, melaksanakan program pendidikan pesakit atau melakukan kajian klininal.

Oleh sebab itu, kita memang memerlukan lebih ramai pelajar lepasan diploma, Sijil Vokasional Malaysia (SVM), matrikulasi atau Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk menyambung pengajian sama ada di institut pengajian tinggi awam atau swasta (IPTA/S) dalam ijazah kejururawatan.

Sehingga kini lepasan ijazah kejururawatan tidak pernah lagi gagal mendapatkan pekerjaan melainkan mereka tidak berminat untuk menjadi jururawat. Kebanyakan mereka telah pun berkhidmat di hospital tempatan mahupun luar negara dan diiktiraf sebagai jururawat pakar di sesetengah negara seperti Saudi dan Singapura.

Kebolehpasaran pelajar lepasan kejurawatan ijazah adalah terjamin dan ada dalam kalangan pelajar kami turut ditaja oleh hospital di Singapura walaupun masih belum tamat pengajian.-UTUSAN

PROFESOR MADYA SITI NOORKHAIRINA SOWTALI
Pensyarah Kejururawatan
Jabatan Kejururawatan Profesional
Kulliyyah Kejururawatan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×