Suami meninggal, isteri cedera parah kemalangan jalan raya

Suami meninggal, isteri cedera parah kemalangan jalan raya

kemalangan
Anggota Bomba dan Penyelamat mengeluarkan mangsa dari kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kampung Parit Jawa, di Pontian, disini, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Suami maut manakala isterinya cedera parah dalam kemalangan jalan raya melibatkan dua buah kenderaan di Kampung Parit Jawa, di sini semalam.

 Ketua Polis Daerah Pontian, Supritendan Mohammad Shofee Tayib berkata, mangsa yang meninggal dunia iaitu Mohamad Osman Jamian, 39, yang mengalami cedera parah di bahagian badan dan kaki.

Katanya, mangsa yang memandu kereta Perodua Myvi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di unit kecemasan Hospital Pontian semalam.

“Manakala wanita tersebut juga isteri kepada Mohamad Osman yang duduk di bahagian hadapan mengalami kecederaan parah bahagian badan dan patah tangan kanan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, manakala seorang lagi penumpang kanak-kanak berusia setahun  tahun yang merupakan anak kepada pasangan suami isteri itu mengalami kecederaan ringan.

“Pemandu kereta Nissan Sylphy seorang wanita warga Taiwan berusia 39 tahun  mengalami kecederaan,” katanya.

Menurut fakta kes, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 8.30 malam, apabila  sampai di lokasi kejadian, kereta Nissan Sylphy dari arah Kayu Ara Pasong ke Parit Semerah hilang kawalan.

“Akibatnya kereta tersebut memasuki laluan bertentangan dan telah berlanggar dengan  kereta  Perodua Myvi yang datang dari arah Kampung Parit Jawa ke Kayu Ara Pasong,” katanya yang memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sekiranya ada saksi yang melihat kejadian tersebut boleh tampil bagi membantu siasatan di Pejabat Traffik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian atau menghubungi Inspektor Aiman Faiz Jusoh di talian 0112656677.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×