Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan

Laporan cap jari tidak sepadan dengan suspek tikam Saif Ali Khan

SAIF ALI KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUMBAI: Laporan cap jari yang dikumpul dari rumah pelakon Bollywood terkenal, Saif Ali Khan, yang cedera ditikam pada 16 Januari lalu, didapati tidak sepadan dengan cap jari suspek.

19 Januari lalu, polis Mumbai menahan seorang warga Bangladesh berusia 30 tahun kerana didakwa menceroboh kediaman Khan.

Suspek, Shariful Islam Shehzad, didakwa menikam Khan, 54, ketika cubaan pecah rumah di kediamannya di Bandra, Mumbai.

Serangan itu mengejutkan industri filem negara dan penduduk Mumbai.

Ia juga menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan keselamatan di bandar itu dan menjadi isu utama dalam kempen pilihan raya yang sedang berlangsung di Delhi.

Menurut syarikat media India, NDTV, polis Mumbai menghantar cap jari yang ditemukan di rumah Khan ke biro Jabatan Siasatan Jenayah negeri.

Laporan yang dihasilkan sistem itu menunjukkan cap jari tersebut tidak sepadan dengan suspek berusia 30 tahun terbabit.

“Lebih banyak sampel sudah dihantar untuk ujian lanjut, dan kami masih menunggu laporan cap jari akhir.

“Laporan awal menunjukkan berlawanan dengan tertuduh yang ditangkap,” kata seorang pegawai polis.

Pengguna media sosial juga menegaskan wajah suspek tidak menyerupai lelaki yang dilihat meninggalkan rumah pelakon itu dalam rakaman kamera pengawasan.

Pegawai polis, Dikshit Gedam berkata, orang ramai di media sosial tidak sepatutnya bertindak sebagai detektif dalam talian.

“Media hanya mempunyai dua keping rakaman tertuduh, yang dikeluarkan sebelum ini.

“Kami mempunyai beberapa video daripada pelbagai sudut, termasuk yang beresolusi tinggi, yang jelas mengesahkan identiti suspek,” katanya.

Khan mengalami pembedahan selepas mengalami kecederaan akibat ditikam di tulang belakang, leher dan tangan.

Pelakon tersebut sudah dibenarkan pulang dari hospital pada 21 Januari lalu.– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×