Pelumba F1 digantung sebulan jika kririk FIA 

Pelumba F1 digantung sebulan jika kritik FIA 

Mohammed Ben Sulayem
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pelumba Formula Satu (F1) diberi amaran mereka akan berdepan hukuman gantung selama sebulan sekiranya masih berterusan mengkritik badan induk sukan pemotoran itu di bawah peraturan baharu yang akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan mulai musim ini.

Undang-undang baharu itu diperkenalkan oleh Presiden Persekutuan Automobil Antarabangsa (FIA), Mohammed Ben Sulayem bagi menyekat budaya ‘bahasa kotor’ dalam kalangan pelumba dan menjaga institusi itu sebagai pengawal selia sukan F1.

Pelumba pasukan Red Bull, Max Verstappen mungkin menjadi mangsa pertama yang akan berdepan dengan hukuman itu selepas dia berjanji untuk lebih lantang bersuara semasa di Grand Prix Singapura tahun lalu.

Pemakluman mengenai perkara itu bagaimanapun tidak pernah dibincangkan dengan pelumba dan kumpulan F1.

Di bawah peraturan tersebut, pesalah yang melakukan kesalahan kali pertama akan dikenakan denda 33,750 pound (RM184,173.88) ulangan kesalahan didenda 80,000 euro (RM366,970.00) malah tidak dibenarkan beraksi selama sebulan.

Selain kritikan terhadap badan tersebut, pelumba yang terpalit dengan kenyataan yang menyinggung sensitiviti politik, agama, serangan peribadi yang boleh menjejaskan moral FIA turut akan berdepan hukuman atas dasar badan itu yang bersifat neutral.

Malah, kegagalan mematuhi peraturan FIA berhubung majlis rasmi juga akan dikenakan tindakan. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×