Menyusahkan, tak takut dosa kah? - Utusan Malaysia

Menyusahkan, tak takut dosa kah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sungguh! Geram betul Cik Bunga bila dapat tahu mengenai kerenah seorang ustaz selebriti seorang ini. Tak habis fikir Cik Bunga kenapalah dia tergamak buat begitu.

Menurut seorang kenalan lama, baru-baru ini dia yang bekerja dengan stesen televisyen perlu berurusan dengan si polan ini yang dijemput sebagai tetamu khas untuk satu program berbentuk kerohanian.

Biasalah, macam dalam cerita atau drama di TV, awal-awalnya semua indah. Semua okey dan tiada masalah. Tup-tup, malam sebelum tarikh ditetapkan untuk sesi rakaman berlangsung, kru pasukan dapat berita buruk.

“Cik Bunga tahu, tengah malam pembantu peribadi dia hantar mesej dan katakan ustaz tak dapat hadir ke sesi rakaman program itu. Terbeliak mata saat tengok mesej tersebut.

“Rakaman esok pagi tahu! Mana nak cari pengganti dalam tempoh beberapa jam saja masa itu? Apa pula kata penaja yang memang hendakkan dia?” dakwa teman Cik Bunga yang jelas berang dengan situasi tersebut.

Cik Bunga tanya juga, apa alasan yang diberikan oleh si polan dan katanya ada urusan keluarga. Tup-tup, hmmm… keluargalah sangat. Kalau Cik Bunga tulis di sini, rasanya semakin marahlah orang pada reputasi dirinya.

Bagi Cik Bunga, kalau sudah namanya kerja, profesional sajalah. Lagipun dengar cerita, bukan percuma kehadirannya dipinta ke sana, sudah dibayar.

Pula itu, tak kasihankah pada pekerja dan pasukan program tersebut yang tentunya sampai tak boleh tidur malam kerana tiba-tiba perlu buat kerja lebih mencari pengganti disebabkan awak.
Manakala awak? Bolehkah tidur lena walau diri sedang menyusahkan orang lain? Tak rasa berdosakah? Hairan jugalah kita.

Bukan apa, di kala ramai sedang mengecam ada kalangan penceramah selebriti menunggang agama, janganlah pula menambahkan lagi pandangan serong masyarakat untuk hal seperti ini.

Macam manalah orang hendak hormat dengan imej dan keperibadian awak sebagai seorang ustaz (jika benar) kalau diri sendiri tidak menjaga reputasi dengan baik? Suka ke hidup selalu dikecam? Entahlah…

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×