Graduan perlu praktikal sesuai keperluan industri

Graduan perlu praktikal sesuai keperluan industri

GRADUAN bukan sahaja perlu berpengetahuan luas, tetapi juga memiliki kemahiran praktikal yang relevan dengan tuntutan industri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

INDUSTRI kejuruteraan di Malaysia semakin berkembang pesat, didorong kemajuan teknologi, globalisasi dan perubahan dalam keperluan pasaran. Bagi memastikan negara kekal berdaya saing di peringkat antarabangsa, sektor ini memerlukan graduan bukan sahaja berpengetahuan luas, tetapi juga memiliki kemahiran praktikal yang relevan dengan tuntutan industri.

Untuk memastikan graduan kejuruteraan tempatan dapat memenuhi cabaran industri serta kalis masa depan, tiga aliran utama dalam pendidikan tinggi diperkenalkan secara terancang dan teliti iaitu aliran sains; Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM) serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). Tiga aliran ini merupakan corak penentu dan tunjang kepada pembentukan tenaga kerja yang diperlukan oleh industri.

Setiap aliran ini membawa pendekatan berbeza, namun pendekatan holistik yang menyatukan ketiga-tiganya dapat melahirkan graduan bukan sahaja berpengetahuan, tetapi juga berkemahiran tinggi dan bersedia untuk menghadapi cabaran Revolusi Perindustrian Keempat (4IR).

Keberkesanan dalam membentuk graduan kejuruteraan yang berkualiti tidak hanya bergantung pada satu aliran pendidikan sahaja. Setiap pendekatan aliran sains, STEM dan TVET memiliki kekuatan tersendiri yang memberi sumbangan penting kepada ekosistem pendidikan kejuruteraan di Malaysia.

Secara keseluruhannya, kerjasama yang lebih erat antara pihak kerajaan, institusi pendidikan dan industri penting untuk memastikan pendekatan holistik ini dapat dilaksanakan secara berkesan, menghasilkan tenaga kerja yang lebih berdaya saing dan mampu menyumbang kepada kemajuan ekonomi negara.-UTUSAN

DR. SALVINDER SINGH KARAM SINGH & PROFESOR DR. SHAHRUM ABDULLAH
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×