PETALING JAYA: YeaShin International Development Co. Ltd. dari Taiwan melalui anak syarikatnya, YeaShin Construction Sdn. Bhd. mengumumkan pelancaran projek hotel mewah bertaraf lima bintang, Birkin International Hotel dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM500 juta di Melaka.
Hotel itu mempunyai 526 bilik, dihasilkan sebagai simbol keanggunan dan kelestarian bertujuan menawarkan pengalaman tiada tandingan kepada pelancong dari seluruh dunia.
Menurut kenyataan, hotel mewah itu dibina menghadap Selat Melaka yang ikonik, permata hospitaliti yang luar biasa ini menjanjikan pengalaman luar biasa kepada pelancong dunia di tengah-tengah Tapak Warisan Dunia UNESCO.
Pengurus Besar Birkin International Hotel, Simon Tan berkata, Birkin International Hotel mewakili masa depan hospitaliti, gabungan keanggunan yang halus, kemudahan bertaraf tinggi, dan komitmen yang teguh terhadap kelestarian.
“Dari seni binanya yang menawan, pemandangan Selat Melaka, hingga pengalaman yang dikurasi dengan teliti, Birkin International Hotel melambangkan kemewahan bertanggungjawab yang terbaik.
“Ia turut sedia memberikan pengalaman luar biasa kepada tetamu dari seluruh dunia,” katanya.
Direka oleh pasukan arkitek, pereka dalaman, dan perancang landskap pemenang anugerah dari Taiwan, hotel ikonik ini mentakrifkan semula seni hospitaliti dengan menggabungkan keanggunan bertaraf dunia dengan komitmen terhadap tanggungjawab alam sekitar dan sosial.
Ia terletak berhampiran dengan mercu tanda sejarah dan budaya Melaka seperti kubu A Famosa, Bukit St. Paul dan Runtuhannya, Muzium Istana Kesultanan Melaka, Kuil Chong Hoon Teng, Jonker Street, dan The Stadhuys, serta kawasan perniagaan utama dan pusat budaya yang meriah.
Hotel ini turut menjanjikan kemudahan luar biasa serta pengalaman yang mengasyikkan.
Penginapan itu turut merangkumi Suite Deluxe, Suite Perdana Deluxe, Suite Deluxe Pemandangan Laut, Suite Keluarga Pemandangan Laut, Suite Keluarga, Suite Perdana Keluarga dan Suite Presiden, yang dilengkapi dengan tempat tidur premium, kelengkapan tandas berkualiti tinggi, dan hiasan dalaman yang elegan.
Selain itu, Birkin International Hotel turut menyediakan rangkaian kemudahan bertaraf dunia yang direka dengan teliti untuk mencipta pengalaman luar biasa, seperti kolam renang luar di tingkat tujuh, Pusat Spa dan Kesihatan Tranquility, dan Birkin Kids Club serta taman permainan yang selamat.
Turut tersedia pusat kecergasan lengkap 24 jam, direka untuk menyokong gaya hidup aktif, Traveller’s Gift Shop, dan Julia Wedding sebuah destinasi eksklusif untuk pengalaman perkahwinan mewah dan peribadi.
Dalam pada itu, bagi acara korporat dan majlis istimewa, Grand Ballroom dan ruang mesyuarat serba guna menawarkan kemudahan canggih yang dilengkapi dengan perkhidmatan sempurna.
Birkin International Hotel mengundang para tetamu untuk menikmati pakej pelancaran eksklusif, dengan kadar istimewa bermula dari RM480, pengalaman menjamu selera yang unik, serta kejutan istimewa. – UTUSAN










