Britain seru proses pembentukan negara Palestin

Britain seru proses pembentukan negara Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON : Perdana Menteri Britain, Keir Starmer menegaskan sebarang proses damai di Asia Barat perlu membuka laluan kepada pembentukan sebuah negara Palestin yang berdaulat, 

Memuatkan artikel berkaitan…

Perkara itu ditegaskan menerusi perbualannya bersama Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. 

Menurut jurucakap kerajaan, kedua-dua pemimpin membincangkan situasi gencatan senjata yang rapuh antara Israel dan Hamas di Semenanjung Gaza.

“Dalam perbualan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju perlunya usaha ke arah penyelesaian damai yang kekal, yang dapat menjamin keselamatan dan kestabilan Israel,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Downing Street.

Starmer menyatakan komitmen Britain untuk menyokong proses politik yang mampu menghasilkan sebuah negara Palestin yang berdaya maju dan berdaulat.

Starmer turut menegaskan keperluan mendesak untuk memastikan bantuan kemanusiaan disalurkan tanpa halangan ke Gaza bagi menyokong rakyat Palestin yang amat memerlukan.

Beliau turut menyampaikan ucapan terima kasih secara peribadi kepada kerajaan Israel atas usaha mereka membebaskan tebusan, termasuk warga Britain, Emily Damari.

“Melihat Emily akhirnya berada dalam dakapan keluarganya adalah detik yang mengharukan, tetapi ia juga mengingatkan kita tentang kos kemanusiaan akibat konflik ini,” kata Starmer dalam kenyataan tersebut.

Gencatan senjata antara Israel dan Hamas bagi menamatkan perang 15 bulan di Gaza mula berkuat kuasa, Ahad lalu.

Fasa pertama perjanjian tiga peringkat itu dijangka berlangsung selama enam minggu, melibatkan pembebasan 33 tebusan dari Gaza sebagai pertukaran dengan 1,900 tahanan Palestin. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN