Luckin Coffee buka lima cawangan pada Januari

Luckin Coffee buka lima cawangan pada Januari

JEFF Lim Chee Lip (kanan) ketika mengumumkan pra pembukaan lima cawangan Luckin Coffee di seluruh Malaysia menjelang akhir Januari 2025 baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Luckin Coffee, jenama kopi yang terkenal di seluruh dunia mengumumkan pra pembukaan lima cawangan di seluruh Malaysia menjelang akhir Januari 2025. 

Terkenal dengan tawaran inovatif dan pengalaman digital yang lancar, Luckin Coffee akan membuka dua cawangan pertamanya di Sunway Pyramid dan Menara EcoWorld, BBCC pada  23 Januari ini dan tiga cawangan tambahan akan dibuka pada akhir Januari 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif Global Aroma Sdn Bhd, Dr. Jeff Lim Chee Lip berkata, pihaknya teruja untuk memulakan perjalanan di Malaysia dengan pra pembukaan ini, menawarkan pelanggan pandangan pertama tentang budaya kopi unik Luckin Coffee.

Katanya, ini adalah peluang untuk melibatkan diri dengan pelanggannya dan menyempurnakan operasi untuk memenuhi cita rasa dan pilihan tempatan.

“Sebagai menyambut ketibaan jenama, pengguna aplikasi Luckin Coffee yang baru berdaftar akan menerima pek alu-aluan yang diisi dengan promosi, diskaun dan hadiah menarik.

“Budaya kopi berkembang pesat di Malaysia dan dengan penetapan harga dipacu nilai Luckin Coffee dan pendekatan dipacu teknologi, kami yakin jenama itu akan bergema dengan pelanggan tempatan,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, fasa pra pembukaan ini akan membolehkan jenama mengumpul maklum balas pelanggan yang berharga dan memperhalusi perkhidmatannya.

“Bertepatan dengan pra pembukaan, aplikasi Luckin Coffee juga akan diperkenalkan pada 23 Januari 2025.

“Pelanggan boleh memuat turun aplikasi daripada Google Play dan Apple App Store atau dengan mengimbas kod QR yang tersedia di kedai.

“Direka bentuk untuk meningkatkan pengalaman kopi, aplikasi ini menawarkan prapesanan yang lancar dan pembayaran tanpa tunai,” ujarnya.

Tambahnya, aplikasil ini juga mempunyai antara muka mesra pengguna untuk menyemak imbas menu, menyesuaikan minuman dan menikmati perjalanan kopi tanpa kerumitan.

Pada November 2024, Hextar Industries Berhad (HIB), melalui anak syarikatnya, Global Aroma mengumumkan bahawa ia telah menjalin kerjasama strategik dengan Luckin Coffee Holding Singapore Pte Ltd untuk membawa jenama Luckin Coffee ke Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×