Bantu masjid, surau kurangkan kos dengan wakaf solar

Bantu masjid, surau kurangkan kos dengan wakaf solar

wakaf solar
Gading Kencana bertanggungjawab membekal dan memasang panel solar yang diwakafkan kepada Masjid Al-Mursyid di Guring, Pauh, Arau, Perlis, Masjid ini menjadi perintis bagi projek wakaf solar hasil sinergi bersama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) serta Bank Rakyat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAYA tertarik dengan artikel yang disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 14 Januari lalu mengenai Masjid Al-Mursyid di Arau, Perlis yang kini menggunakan sumber elektrik daripada panel solar yang diwakafkan oleh Bank Rakyat.

Berdasarkan daripada maklum balas daripada pihak pengurusan masjid itu, didapati dengan menggunakan solar mereka dapat jimatkan perbelanjaan bil elektrik sehingga 60 peratus. Ini adalah perkembangan menarik di mana kaedah ini bukan sahaja menjimatkan perbelanjaan bulanan, tetapi juga masjid dan surau boleh menjadi contoh kepada masyarakat dalam penggunaan tenaga boleh baharu yang lebih mesra alam dan mengurangkan pencemaran.

Difahamkan juga, panel solar yang diwakafkan oleh Bank Rakyat ini dibekalkan oleh syarikat Gading Kencana Sdn. Bhd., iaitu antara syarikat milik bumiputera yang terbabit dalam industri tenaga boleh baharu di negara ini. Ini menunjukkan kombinasi Bank Rakyat dan Gading Kencana terbukti berjaya memperkenalkan kaedah baharu dalam berwakaf di negara ini.

Jika dahulu orang hanya wakaf karpet, pendingin udara, kipas dan sebagainya, kini panel solar dilihat lebih signifikan dan sesuai dengan perkembangan semasa. Diharapkan khidmat daripada syarikat bumiputera seperti Gading Kencana akan terus diutamakan oleh sesiapa sahaja yang
berminat untuk mewakafkan panel solar kepada masjid dan surau di negara ini.

Selain membantu masjid dan surau menjimatkan belanja, pada masa yang sama kita turut menyelamat alam sekitar kita melalui penggunaan tenaga yang bersih. Memulihara alam sekitar juga adalah antara tuntutan utama dalam ajaran Islam. Bagi mereka yang ada rezeki lebih, marilah kita menjadikan wakaf solar ini sebagai pilihan dalam membantu rumah-rumah Allah di seluruh negara.

Ini juga adalah cara untuk kita mendidik masyarakat supaya beralih kepada sumber tenaga yang lebih bersih anugerah Allah SWT iaitu daripada cahaya matahari yang lebih bersih dan lebih murah. – UTUSAN

PEMINAT SOLAR
Dengkil, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×