Mahkamah pertimbang lanjutan penahanan Suk Yeol

Mahkamah pertimbang lanjutan penahanan Suk Yeol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Mahkamah Korea Selatan sedang mempertimbangkan sama ada untuk melanjutkan tempoh penahanan bekas Presiden, Yoon Suk Yeol, yang disingkirkan daripada jawatan selepas percubaan rampasan kuasa tentera yang gagal bulan lalu. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Permohonan lanjutan tersebut sedang dinilai oleh seorang Hakim di Mahkamah Daerah Barat Seoul.

Peguam Yoon Suk Yeol, Yoon Kab-keun, menyatakan anak guamnya akan menghadiri perbicaraan dengan tujuan untuk ‘memulihkan maruahnya’. 

Sekiranya permohonan itu diluluskan, waran baharu tersebut dijangka melanjutkan tempoh penahanan Yoon Suk Yeol selama 20 hari, memberikan masa tambahan kepada pihak Pendakwa Raya untuk memuktamadkan tuduhan terhadapnya.

Suk Yeol sedang disiasat oleh Pejabat Penyiasatan Rasuah atas dakwaan pemberontakan, satu tuduhan serius yang boleh membawa hukuman penjara seumur hidup atau hukuman mati jika didapati bersalah.

Bekas Presiden itu mengejutkan negara pada 3 Disember lalu, apabila beliau cuba menggantung pemerintahan awam dengan alasan memerangi ancaman daripada ‘unsur-unsur anti-negara’.

Namun, usaha beliau gagal apabila tentera yang diarahkan menyerbu Parlimen tidak berjaya menghalang undian yang membatalkan undang-undang tentera hanya enam jam selepas pengumuman mengejut tersebut.

Suk Yeol kemudian dipecat oleh Parlimen dan enggan ditahan selama beberapa minggu, memilih untuk bersembunyi di kediaman yang dijaga rapi sebelum akhirnya ditahan dalam serbuan awal pagi Rabu lalu.

Bekas Presiden pertama Korea Selatan yang ditahan semasa masih memegang jawatan itu enggan bekerjasama dalam tempoh 48 jam pertama penahanannya. 

Namun, beliau kini kekal dalam tahanan selepas pihak penyiasat memohon waran baharu bagi melanjutkan tempoh penahanan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini