Lelaki ditahan tampar punggung wanita di kedai serbaneka

Lelaki ditahan tampar punggung wanita di kedai serbaneka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang lelaki warga Poland selepas didapati menampar bahagian punggung seorang wanita tempatan di sebuah kedai serbaneka di daerah Sathon, Bangkok.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mangsa, seorang wanita Thailand, membuat laporan polis di Balai Polis Tung Maha Mek selepas insiden yang berlaku pada Ahad, 12 Januari lalu.

Menurutnya, ketika sedang memilih barangan di kedai tersebut, seorang lelaki asing tiba-tiba menghampiri dari belakang dan menampar bahagian punggungnya dengan kuat sebelum berlalu pergi.

Wanita berkenaan pada mulanya menyangka perbuatan itu gurauan daripada rakannya, tetapi terkejut apabila mendapati pelaku adalah seorang lelaki asing yang tidak dikenali.

Dia turut berasa malu apabila pelanggan dan kakitangan kedai merenungnya seolah-olah menyalahkan dirinya atas insiden itu.

Selepas berbincang dengan keluarganya, mangsa memutuskan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap lelaki tersebut.

Wanita itu menegaskan tidak mahu sebarang pampasan, tetapi hanya mahukan permohonan maaf dan pelaku tidak mengulangi perbuatan serupa terhadap orang lain.

Melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis mengenal pasti pelaku sebagai Piotr, seorang warga Poland berusia 31 tahun.

Polis kemudian menghubungi ejen kondominium tempat lelaki itu menyewa untuk memaklumkan tentang kesan undang-undang akibat perbuatannya.

Namun, Piotr enggan mematuhi waran saman yang memintanya hadir ke balai polis untuk memohon maaf kepada mangsa, sambil mendakwa tidak menyedari perbuatannya melanggar undang-undang dan mengaku pernah melakukan perkara sama kepada ramai wanita sebelum ini.

Susulan keengganan pelaku, polis melancarkan serbuan di kondominium tersebut dan menahan Piotr pada 14 Januari.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 278 Kanun Jenayah Thailand atas kesalahan serangan seksual terhadap individu berusia lebih 15 tahun.

Jika disabitkan kesalahan, Piotr boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda sehingga 200,000 baht (RM26,000), atau kedua-duanya sekali.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini