AS keluarkan Cuba dari senarai penaja keganasan

AS keluarkan Cuba dari senarai penaja keganasan

PRESIDEN AS, Joe Biden berucap pada acara mewujudkan Monumen Nasional Chuckwalla dan Monumen Nasional Sattitla Highlands di Bilik Timur di Rumah Putih di Washington DC, kelmarin.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengeluarkan Cuba daripada senarai negara penaja keganasan, sebagai sebahagian daripada perjanjian pembebasan tahanan.

Tidak lama selepas itu, Cuba mengumumkan rancangan pembebasan secara berperingkat 553 banduan yang ditahan atas pelbagai jenayah, yang dijangka turut melibatkan peserta protes antikerajaan empat tahun lalu.

Perjanjian tersebut diumumkan kelmarin, hanya lima hari sebelum Biden meninggalkan Rumah Putih dan memberi laluan kepada Donald Trump sebagai Presiden AS ke-47.

Trump mengembalikan status negara itu sebagai penaja keganasan pada hari-hari terakhir penggal pertamanya pada 2021, yang menghalang bantuan ekonomi dan eksport senjata AS ke Cuba.

Namun, pegawai pentadbiran Biden kelmarin berkata, penilaian terhadap situasi itu tidak menunjukkan sebarang maklumat yang menyokong penetapan tersebut.

Cuba menyifatkan langkah pentadbiran Biden adalah ke arah yang tepat, walaupun bersifat terhad.

“Keputusan ini menamatkan langkah paksaan tertentu bersama dengan banyak lagi, menyebabkan kerosakan serius kepada ekonomi Cuba, yang menjejaskan penduduk,” kata Kementerian Hal Ehwal Luar Negara itu dalam satu kenyataan.

Ratusan tahanan akan dibebaskan secara berperingkat, susulan rundingan yang diusahakan oleh Gereja Katolik, menurut kenyataan berasingan beberapa jam kemudian.

Cuba kini berada bersama Korea Utara, Syria dan Iran dalam senarai Penaja Keganasan Negara AS.

Ini bermakna, AS menganggap negara-negara tersebut berulang kali memberikan sokongan terhadap tindakan keganasan antarabangsa.

Trump memasukkan semula Cuba ke dalam senarai pada 2021, dengan alasan negara itu menyokong pemimpin Venezuela, Nicolas Maduro, selepas bekas Presiden Barack Obama mengeluarkannya pada 2015.– BBC

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×