TikTok bakal ditutup di AS, pengguna beralih ke Xiaohongshu

TikTok bakal ditutup di AS, pengguna beralih ke Xiaohongshu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CALIFORNIA: Pengguna media sosial di Amerika Syarikat (AS) mula beralih ke aplikasi China yang lain, Xiaohongshu, atau dikenali sebagai ‘Red Note’ dalam bahasa Inggeris, susulan ancaman penutupan TikTok di AS.  

Aplikasi itu menduduki tangga teratas muat turun di Apple App Store pada Isnin, susulan lonjakan pengguna yang tertarik dengan konsep antara muka yang menyerupai gabungan Instagram dan Pinterest.  

“Oh, anda tidak mahu China memiliki data peribadi sensitif kita?” soal seorang pempengaruh, Jen Hamilton, secara sinis dalam sebuah video yang dikongsikan kepada 3.9 juta pengikutnya di TikTok. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Video itu turut mempromosikan perpindahannya ke platform baharu tersebut.  

Kerajaan AS meluluskan undang-undang tahun lalu yang memaksa syarikat pemilik TikTok, ByteDance, untuk menjual aplikasi popular itu atau menutup operasi sepenuhnya. 

Undang-undang tersebut akan berkuat kuasa pada Ahad ini.  

Walaupun pengkritik menyifatkan undang-undang itu sebagai menyekat kebebasan bersuara, kerajaan AS mendakwa TikTok digunakan oleh Beijing untuk mengumpul data, mengintip pengguna dan menyebarkan propaganda.  

China dan ByteDance bagaimanapun menafikan tuduhan tersebut.  

Walaupun platform Xiaohongshu hampir keseluruhannya menggunakan bahasa Mandarin, ia tidak menghalang rakyat AS yang ingin mencuba aplikasi tersebut.  

TikTok dianggarkan mempunyai 170 juta pengguna di AS, menjadikannya antara platform media sosial paling popular di negara itu. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini