Perjanjian gencatan senjata Gaza boleh selesai minggu ini

Perjanjian gencatan senjata Gaza boleh selesai minggu ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Perjanjian gencatan senjata di Gaza hampir dimuktamadkan dan mungkin akan selesai pada minggu terakhir pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden.

Perkembangan itu dimaklumkan penasihat keselamatan negara Rumah Putih, Jake Sullivan, semalam.

“Kita hampir mencapai perjanjian dan boleh diselesaikan minggu ini.

“Saya tidak membuat janji atau ramalan, tetapi ia boleh dicapai dan kami akan berusaha untuk merealisasikannya,” kata Sullivan kepada pemberita.

Biden bercakap dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Ahad dan menghubungi pemerintah Qatar yang bertindak sebagai pengantara, Sheikh Tamim bin Hamad Al-Thani, semalam ketika rundingan semakin ke kemuncak.

Pemimpin AS itu berusaha untuk mencapai perjanjian antara Israel dan Hamas sebelum beliau meninggalkan jawatan pada 20 Januari, untuk diserahkan kepada pentadbiran Donald Trump.– AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×