Keluarga harap pembunuh Xin Yuan terima hukuman setimpal

Keluarga harap pembunuh Xin Yuan terima hukuman setimpal

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keluarga Yap Xin Yuan, 15, yang mayatnya ditemukan dalam keadaan reput di Banting, Selangor pada 28 Disember lalu berharap pembunuh remaja terbabit dikenakan hukuman setimpal.

Bapa remaja terbabit, Yen Yau berkata, dia kehilangan anaknya dan berharap pembunuh Xin Yuan dikenakan hukuman agar kematian anak perempuannya terbela.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kepada mereka yang bersimpati dan mengirimkan kad, bunga serta menunjukkan perasaan sedih di atas kehilangan anak kami.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya juga menghargai segala sokongan diberikan kepada kami sekeluarga,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam.

Kelmarin, media melaporkan tiga beranak termasuk teman lelaki Xin Yuan disambung reman hingga 10 Januari ini bagi membantu siasatan kes bunuh remaja terbabit.

Jumaat lalu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, perselisihan faham dan pengambilan dadah berlebihan adalah antara motif yang disiasat polis ketika ini berkaitan pembunuhan Xin Yuan.

Mayat Xin Yuan, ditemukan reput di Kampung Rancangan Tanah Belia (RTB) Sungai Changgang, Banting pada 28 Disember lalu, iaitu lapan hari selepas laporan kehilangannya dibuat pada 20 Disember lalu di Kajang.

Beliau berkata, keadaan mayat remaja yang reput ketika ditemukan menyukarkan pakar patologi untuk memastikan sebarang kecederaan fizikal yang lain.

Katanya, polis juga percaya pembabitan teman lelaki mangsa dalam pembuangan mayat dan siasatan masih dijalankan jika ada individu lain membantu suspek. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini