Hanya Google belum daftar lesen ASPC - Fahmi

Hanya Google belum daftar lesen ASPC – Fahmi

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil memaklumkan  hanya Google penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan lesen.

Fahmi  berkata, kementerian akan memberikan sedikit masa kepada Google untuk melakukan permohonan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi (ASP(C)) itu.

Katanya, bagi permohonan Meta yang mengendalikan platform Facebook, Instagram, dan WhatsApp pula dijangka akan selesai dan diluluskan dalam masa terdekat.

“ByteDance (TikTok) dan Tencent (WeChat) telah menjadi penyedia perkhidmatan pertama diberikan lesen bagi membolehkan mereka beroperasi di negara ini pada awal bulan lalu.

“Manakala, Telegram menjadi penyedia ketiga yang menerima lesen ini yang telah diluluskan pada Khamis,” katanya ketika sidang media Majlis Pertukaran Dokumen Perjanjian Inisiatif Kampung Digital Melaka antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan Kerajaan Negeri Melaka di sini.

Mengulas lanjut, Fahmi turut mengingatkan semua penyedia platform media sosial untuk memantau aktiviti perjudian atas talian, penipuan dan sebagainya.

“Semua platform perlu ambil tindakan yang lebih proaktif dan tidak lagi bergantung harap kepada SKMM sahaja untuk menghentikan perkara itu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×