Penduduk serbu pesta malam tahun baharu anjur aktiviti songsang

Penduduk serbu pesta malam tahun baharu anjur aktiviti songsang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penduduk kawasan Grogol Utara mengambil tindakan sendiri menggempur sebuah pesta yang didakwa melibatkan aktiviti songsang di sebuah pusat beli-belah berdekatan kawasan Permata Hijau, Jakarta Selatan, pada malam sambutan Tahun Baharu 2025.

Video insiden tersebut tular di media sosial, termasuk yang dimuat naik oleh pengguna Instagram @johan_suhandri di mana dalam naratif video itu, aksi tersebut dilakukan oleh puluhan remaja tempatan.

“Disebabkan pihak berkuasa yang seolah-olah tidak peduli, penduduk tanpa sebarang gaji terpaksa bertindak sendiri membubarkan pesta LGBT di Grand ITC Permata Hijau,” menurut keterangan video tersebut.

Pesta tersebut didakwa berlangsung pada malam 31 Disember 2024 dan mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat sekitar sebelum akhirnya diserbu oleh penduduk setempat.

Rakaman video menunjukkan puluhan individu diarahkan meninggalkan sebuah bar dalam kompleks pusat beli-belah itu.

Ketua Polis Kebayoran Lama, Widya Agustiono ketika dihubungi media mengesahkan pihaknya sedang menyiasat kejadian tersebut, namun, sehingga kini tiada laporan rasmi dibuat berhubung insiden berkenaan.

“Sampai sekarang belum ada laporan rasmi. Tuduhan berkaitan aktiviti LGBT masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut Widya, bar berkenaan sudah ditutup oleh pemiliknya pada 1 Januari lalu, berdasarkan maklumat daripada pihak pengurusan pusat beli-belah ITC Permata Hijau.

Beliau turut menegaskan, pihak polis tidak terlibat dalam sebarang penggeledahan semasa kejadian serbuan oleh penduduk.

“Bar itu bukan bar khusus, tetapi dikunjungi oleh pelbagai jenis pengunjung. Tuduhan itu masih disiasat,” tambahnya.

Pihak berkuasa kini terus menyiasat maklumat yang tersebar di media sosial untuk memastikan kesahihan dakwaan tersebut. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×