Tiga pekan di Pahang 'hidup segan mati tidak mahu'

Tiga pekan di Pahang ‘hidup segan mati tidak mahu’

PEKAN Awah di Maran, Pahang yang dirancang sebagai 'pekan kembar’ Bandar Tun Abdul Razak Jengka kini terbiar dengan sesetengah kawasan dinaiki belukar. - UTUSAN/ SALEHUDIN MAT RASAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARAN: Tiga pekan dirancang sebagai pusat pertumbuhan ekonomi dan sosial di daerah ini dan Jerantut dengan kewujudan bangunan serta rumah kedai kini bagaikan hidup segan mati tidak mahu selepas pembubaran Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) 25 tahun lalu.

Pembubaran itu menyebabkan projek pembangunan Pekan Ibol Tunggal, Pekan Kampung Awah dan Pekan Tajau di bawah seliaan LKWJ terbantut serta gagal mencapai matlamat sepertimana dirancang walaupun berpotensi serta berada di lokasi strategik.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, bangunan-bangunan yang dibina kelihatan usang seolah-olah tidak pernah dinaik taraf sejak pembinaannya puluhan tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bekas Pengerusi LKWJ, Datuk Muhamad Abdullah berkata, pembubaran lembaga itu dibuat semasa sedang rancak melaksanakan  projek pembangunan dan merancang menyediakan pelbagai keperluan di tiga pusat pertumbuhan berkenaan.

“Kami menaruh harapan tinggi pembubaran agensi penyelaras ini tidak menjejaskan pembangunan malah lebih maju dalam menyediakan kemudahan kepada rakyat,” katanya.

Sementara itu, bekas Pegawai LKWJ, Meor  Shariman Ghafar berkata, pembubaran lembaga berkenaan memberi kesan besar sehingga merencatkan agenda pembangunan yang dirancang di ketiga-tiga pekan tersebut.

Sehubungan itu, beliau berharap inisiatif untuk membangunkan semula pekan-pekan berkenaan digerakkan kembali kerana lokasi dan  potensinya yang strategik selain memastikan  pembangunan seimbang di setiap kawasan.

Katanya, ia juga dirancang sebagai ‘pekan kembar’ kepada  Bandar Tun Abdul  Razak Jengka. 

Untuk rekod, pada 28 April 1999, kerajaan memutuskan supaya LKWJ diswastakan kepada Warisan Jengka Holdings (M) Sdn. Bhd.

Pembubaran itu bermakna terkuburnya fungsi agensi itu untuk pembangunan kawasan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini