Transaksi digital kurangkan risiko penipuan?

Transaksi digital kurangkan risiko penipuan?

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SECARA umumnya,ekonomi digital bakal mencorak aktiviti ekonomi dengan lebih meluas.

Perkhidmatan bank secara atas talian, pembayaran dengan menggunakan imbasan kod QR dan sebagainya dilihat memudahkan pelbagai urusan.

Baik dari segi keusahawanan, pengurusan rantaian bekalan, pembelajaran serta perkhidmatan kerajaan.

Namun, dari segi penerimaan dalam kalangan masyarakat luar bandar dan ancaman siber antara perkara yang perlu diperhatikan agar peralihan ini dapat diurus dengan baik.

Oleh itu, sejauh manakah transaksi digital ini mampu mengurangkan risiko penipuan

dan mengukuhkan kepercayaan dalam kalangan masyarakat?

Seperti yang diketahui transaksi digital dilihat lebih selamat, cepat dan efisien digunakan oleh semua peringkat umur.

Hal ini kerana, servis transaksi digital lebih sesuai digunakan dengan pengguna semasa.

Menyokong perkara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd.

Afzanizam Abdul Rashid berkata, akses yang terhad terhadap ekonomi digital akan menggalakkan situasi kesenjangan pendapatan terutama mereka yang diluar bandar.

“Situasi ini akan menimbulkan rasa kurang senang serta tidak harmoni disebabkan isu social seperti jenayah boleh menular.

“Ancaman siber pula boleh menyebabkan kerugian dari segi kewangan kepada perniagaan dan masyarakat umum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Sementara itu, Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Umi Hamidaton Mohd. Soffian Lee berkata, transaksi digital ini boleh mengurangkan kebergantungan kepada institusi kewangan tradisional dan perlu pelaburan baharu untuk melabur dalam teknologi digital untuk memastikan kekal kompetitif.

“Oleh itu, akan ada pembangunan aplikasi perbankan yang baru dan mudah alih sesuai dengan revolusi teknologi dan saranan kerajaan,” katanya.

Jelas beliau, melalui kaedah multi factor authentication (pengesahan pelbagai faktor) melibatkan verifikasi lapisan bagi tujuan keselamatan yang kebiasaan menggunakan kata laluan atau kod tertentu.

“Selepas itu, anda perlu mengemaskini perisian dan sistem secara berkala terutama melibatkan transaksi digital dan mempastikan guna alat peranti yang selamat contohnya mempunyai antivirus.

“Sekiranya melibatkan ke selamatan boleh merujuk kepada pelaksanaan Sijil

Secure Sockets Layer (SSL).

Bagaimanapun, risiko kepada pengguna ini antaranya kecurian data, boleh mengodam maklumat sensitif, kad kredit melalui laman web, mesej palsu yang akan meminta maklumat peribadi,” katanya.

Namun, jelas Umi Hamidaton, di sebalik kelebihan penggunaan digital, kerajaan perlu memberi perhatian kepada ancaman perkhidmatan transaksi kewangan dalam talian termasuk perbankan dalam talian dan e-dagang seperti penipu (scammer).

“Ini bagi memastikan penggunaan transaksi digital dilihat lebih baik dan mengurangkan penipuan pada masa akan datang,” katanya.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkongsi menyatakan pada 2022, sebanyak

9.5 bilion transaksi pembayaran secara elektronik telah dicatatkan memperlihatkan peningkatan berbanding 7.2 bilion transaksi elektronik pada 2021.

Di samping itu, BNM turut menyatakan secara purata, setiap rakyat Malaysia melakukan 291 transaksi pembayaran secara elektronik pada tahun 2022 berbanding 222 purata transaksi pembayaran elektronik pada 2021.

Angka tersebut dijangka akan terus meningkat apatah lagi dengan lebih ramai menggunakan sokongan DuitNow QR.

BNM turut menyatakan kini pendaftaran untuk penerimaan bayaran melalui kod QR telah meningkat, dan mencatatkan lebih 7 juta pendaftaran di Malaysia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×