Tiga lokasi kolam air masin di KL - Utusan Malaysia

Tiga lokasi kolam air masin di KL

Air masin memberikan manfaat kecantikan pada kulit.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Napoleon Hill pernah berkata, “Jika anda tidak boleh melakukan sesuatu perkara dengan hebat, lakukan perkara-perkara kecil dengan cara yang hebat.”

Memandangkan PKP 2.0 sudah ditamatkan dan suntikan vaksin sedang dijalankan, tidak salah untuk kita membawa keluarga ke percutian singkat untuk melegakan cabin fever!

Sama ada hotel, tempat peranginan ataupun resort, staycation membantu anda berehat dan cas semula diri dengan me-time. Kolam renang tentunya elemen dititik beratkan dalam mencari lokasi pilihan.

Begitupun, kebanyakan orang yang gemar ke kolam renang tidak menyedari bahawa tablet klorin dari kolam renang mempunyai kesan terhadap tubuh manusia, terutamanya rambut, mata dan kulit.

Seperti kolam air masin yang lain, ia memberikan manfaat kecantikan dan kurang memberikan rasa pedih pada kulit.

Anda juga tidak perlu terlalu risau bila anak kecil berendam lama.

Sekiranya diberi pilihan, apa kata anda memilih lokasi percutian dilengkapi kolam air masin? Di mana? Berikut tiga pilihan kolam renang air masin di ibu kota Kuala Lumpur (KL).

Dengan pilihan kolam renang air masin di Lembah Klang yang sesuai untuk percutian, tiada lagi alasan untuk anda tidak menempah salah satu daripada hotel ini hanya untuk berendam santai di dalamnya selepas seharian penat bekerja.

The Gardens Hotel – A ST Giles Signature Hotel, KL
Terletak di Midvalley City, The Gardens Hotel adalah lokasi sesuai untuk berehat. Setelah puas membeli-belah dan makan, menyelam ke dalam kolam adalah perkara yang paling menyerokkan untuk menyamankan badan dan merehatkan kaki selepas penat berjalan.

Concorde Hotel Kuala Lumpur – KL
Hotel menakjubkan ini terletak di Jalan Sultan Ismail. Ia dilengkapi kolam dewasa kedalaman 1.2 meter (m) dan 0.6 m bagi kolam kanak-kanak. Dilengkapi lapan jet air, ia sudah pasti boleh memaksimumkan imaginasi anda dan anak-anak sewaktu bermain air.

Four Seasons Hotel – KL
Lokasi penginapan di tengah ibu kota ini adalah jawapan untuk individu mengubati jiwa. Pemandangan Menara Berkembar Petronas yang serba indah menjadikannya ia tempat sesuai untuk beristirahat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×