FDK 2.0 berlangsung meriah, kenali flora dan fauna di TNJTP

FDK 2.0 berlangsung meriah, kenali flora dan fauna di TNJTP

SEBAHAGIAN peserta acara Explore Mangrove Tanjung Piai menyelesaikan tugasan diberikan pada acara yang dianjurkan sempena Festival D’Kukup 2.0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Ketenangan ­Taman Negara Johor Tanjung Piai (TNJTP), dekat sini bertukar riuh-rendah dengan suara kira-kira 150 peserta terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Kukup dan penduduk setempat dalam Explore Mangrove Tanjung Piai bagi menyelesaikan tugasan diberikan.

Program itu antara aktiviti dianjurkan bagi memeriahkan Festival D’Kukup 2.0 (FDK 2.0) yang berlangsung selama tiga hari hingga esok.

Penyelia TNJTP, Mohammad Hanif Aminuddin, berkata, peserta didedahkan kepada pelbagai spesies siput terdapat di TNJTP, selain meneroka keindahan khazanah alam di taman seluas 926 hektar termasuk daratan dan kawasan berlumpur serta laluan pejalan kaki sejauh 1.9 kilometer sehingga ke titik akhir Penghujung Benua Asia.

“Kami menyediakan pakej lawatan kepada mereka yang ingin meneroka dengan lebih dekat taman negara ini terma­suk mengenali tumbuh-tumbuhan, unggas, binatang dan sebagainya. Malah kami bersedia menerima kunjungan daripada pelbagai pihak dan berharap Explore Mangrove Tanjung Piai dapat menarik lebih ramai pelajar selepas ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bertema Penghujung Benua Destinasiku, FDK 2.0 dianjurkan bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup, Perbadanan Taman Negara Johor (PTNJ), Pejabat Daerah Pontian serta agensi dan jabatan peringkat daerah serta syarikat korporat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kukup, Datuk Jefridin Atan berkata, Explore Mangrove Tanjung Piai, dimasukkan dalam program FDK 2.0 bagi membolehkan pelajar mengenali permata daerah Pontian yang perlu dipelihara semua golongan termasuk generasi muda.

 

Acara menarik hari ini

–  Kayuhan Basikal Santai (8 pagi)

–  Pertandingan mewarna dan Sukan Kanak-kanak dan Ibu Bapa (8 pagi)

–  Saringan Pertandingan Bintang D’Kukup 2.0 (2 petang)

–  Pertandingan akhir Bintang D’Kukup 2.0 (8 malam) – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×