Kenyataan buli cetus salah faham – Alif Muhaimin

Kenyataan buli cetus salah faham – Alif Muhaimin

ALIF MUHAIMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sedar dirinya menjadi sasaran kritikan segelintir pelakon lebih berpengalaman dalam bidang seni, pelakon, Alif Muhaimin, 30, memohon maaf atas luahan berhubung isu buli yang kini menjadi topik hangat dalam industri hiburan.

Bukan mahu menegakkan benang yang basah, menurut Alif, dia enggan lebih banyak pihak tersalah anggap tentang dirinya berdasarkan ke­nyataan yang dibuat sebelum ini.

“Sebenarnya tempoh hari, saya menjawab soalan yang ditanya dalam sebuah acara semasa sedang mempromosikan pelancaran sebuah drama. Saya ditanya pasal buli.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya rasa ramai pelakon senior berpendapat saya buka cerita buli sabab saja nak populariti walhal bukan begitu, tak ada pun.

“Jadi, saya pun tak nak komen panjang cuma nak minta maaf untuk sesiapa yang salah faham,”katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Selain itu, jelas Alif, dia tidak pernah berniat mahu membuka cerita mengenai isu buli kepada umum.

“Saya tiada niat pun nak cakap pasal buli. Saya pernah sahaja kena buli tapi bagi saya normal lah dan tahu diri ini kena belajar untuk overcome (atasi),” katanya.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tawaran kerja selepas isu yang tercetus, Alif berkata, dia berserah kepada Allah.

“Pasal tawaran kerja, saya pun tak tahulah rezeki macam mana tetapi alhamdulillah, saya positif sahaja. Insya-Allah semua okey,”ujarnya.

Minggu lalu, kecoh dalam industri seni apabila pelakon ini mendakwa budaya buli di antara pelakon senior dan junior masih lagi berlaku sehingga hari ini.

Menurut Alif, perkara tersebut seolah-olah sudah dinormalisasikan hanya kerana ia berlaku sejak zaman berzaman.

Kenya­taan Alif itu juga kemudiannya mendapat respons daripada ramai penggiat seni tanah air terutama kalangan pelakon senior yang menepis dakwaan tidak berasas berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini