Makanan sihat ada peminat

Makanan sihat ada peminat

MAKANAN sihat yang diperkenalkan Nursyuhada Mohd. Ariffin sejak enam bulan lalu mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. – UTUSAN/MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang usahawan makanan yang giat mempromosi menu makanan sihat menolak persepsi makanan sihat tidak laku malah mampu menjana pendapatan sehingga RM2,000 sebulan sejak mula diperkenalkan enam bulan lalu.

Nursyuhada Mohd Ariffin, 42, yang berasal dari Simpang Pulai di sini menggunakan jenama Adik’s Kitchen dengan harga menunya bersifat Rahmah iaitu bermula RM5 hingga RM10.

“Tetapi, saya tidak sesekali mengurangkan kualiti dan kuantiti makanan dan semua menu tidak menggunakan minyak masak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Selain itu, menu makanan saya tawarkan seperti nasi ayam dan salad sa­yur-sayuran mengikut spesifikasi piramid makanan yang cukup dengan protein, karbohidrat dan sayur-sayuran,” katanya di sini semalam.

Katanya lagi, ramai pelanggannya memaklumkan, mereka mula menjaga pemakanan untuk mengelak mendapat penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung.

“Mereka juga mengatakan harga makanan yang saya jual berpatutan dan bersifat mampu milik berbanding dibeli di pasar raya.

“Sebenarnya ia sebagai ke­sedaran kepada diri sendiri juga kerana amalan pemakanan yang sihat merupakan perkara utama yang perlu diberikan ke­utamaan terlebih dahulu,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini