20 cedera, kereta rempuh orang ramai di luar stadium di China

20 cedera, kereta rempuh orang ramai di luar stadium di China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebuah kereta merempuh orang ramai di luar stadium di bandar Zhuhai, China petang semalam, menyebabkan sekurang-kurangnya 20 cedera.

Menurut laporan tempatan, kebanyakan mangsa cedera dilanggar ketika bersenam di Pusat Sukan Zhuhai dan kini dirawat di hospital.

Pemandu dikenali sebagai Fan, seorang lelaki berusia 62 tahun, turut ditahan.

Insiden itu berlaku walaupun terdapat kawalan keselamatan yang ketat di bandar tersebut, yang menganjurkan pertunjukan udara awam dan tentera.

Kebanyakan video insiden yang dimuat naik oleh saksi dipadamkan dari media sosial China, tetapi beberapa rakaman yang masih beredar dalam talian menunjukkan mangsa cedera terbaring dan diberi bantuan kecemasan oleh paramedik serta orang awam.

Beberapa mangsa dilapor tidak sedarkan diri.

Laporan menyebut, ramai warga emas, remaja dan kanak-kanak antara yang cedera dalam kejadian itu.

China menyaksikan beberapa siri serangan ganas terhadap orang awam dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

September lalu, seorang lelaki melakukan serangan bersenjata di sebuah pasar raya di Shanghai, menyebabkan tiga maut dan beberapa yang lain cedera.

Pada bulan sama, seorang murid berusia 10 tahun meninggal dunia sehari selepas ditikam berhampiran sekolahnya di selatan China.– BBC

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×