BN-PH sedia terima parti mahu jalin kerjasama berdepan PRN Sabah

BN-PH sedia terima parti mahu jalin kerjasama berdepan PRN Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BaOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) mengambil pendekatan terbuka kepada semua parti untuk menjalin kerjasama dengan mereka bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Dalam satu kenyataan bersama, BN-PH Sabah bersetuju untuk mewujudkan ruang komunikasi bagi memurnikan gerak kerja bersama menjelang PRN.

“Kedua-dua pihak juga bersetuju sebarang bentuk persefahaman untuk bergerak ke depan akan diputuskan melalui perbincangan dan persefahaman pucuk pimpinan kedua-dua parti,” jelas kenyataan itu yang dikeluarkan satu pertemuan tidak rasmi di sini, hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertemuan itu diadakan dalam rangka memupuk semangat perpaduan selaras dengan persefahaman antara pucuk pimpinan kedua-dua parti, iatu Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak berkongsi aspirasi untuk memastikan asas-asas kerjasama bagi memberikan manfaat kepada rakyat dan Sabah.

Kenyataan bersama itu dibuat oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Datuk Arthur Joseph Kurup; Pengerusi MCA Sabah, Datuk Reah Heok Kuin; Pengerusi MIC Sabah, Peer Muhmad Kadir; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, Datuk Mustapha Sakmud; Naib Pengerusi DAP, Jannie Lasimbang; Timbalan Presiden Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO), Datuk Donald Mojuntin; dan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Sabah, Lahirul Latigu.

Hadir sama dalam pertemuan itu adalah Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini