Media sosial: Had umur 18 tahun tidak sesuai

Media sosial: Had umur 18 tahun tidak sesuai

PENGGUNAAN gajet kanak-kanak dan remaja berusia lima hingga 17 tahun daripada 18.4 peratus pada 2016 kepada 47 peratus pada 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan me­ngehadkan umur penggunaan media sosial kepada 18 tahun boleh membawa perubahan besar dalam cara remaja berinteraksi menerusi talian serta menimbulkan persoalan tentang kebebasan bersuara dan akses maklumat bagi golongan muda.

Dapatan Kaji Selidik Kepenggunaan Internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) 2020 mendedahkan, pe­ratusan peningkatan penggunaan gajet kanak-kanak serta remaja berusia lima hingga 17 tahun daripada 18.4 peratus pada 2016 kepada 47 peratus pada 2020.

Pakar kriminologi dan penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abd. Rahim berkata, penetapan had umur 18 tahun adalah langkah yang terlambat dan tidak mempertimbang situasi semasa kerana kanak-kanak kini sudah terdedah terhadap media sosial sejak usia muda.

“Sekiranya kita menghalang mereka daripada menggunakan media sosial sehingga usia 18 tahun hanya mencetuskan lebih banyak masalah.

“Kita perlu memberi penekanan kepada pengawasan dan pendidikan, bukan sekatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar ini me­laporkan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) menyarankan supaya ibu bapa memastikan anak-anak mereka berusia di bawah 13 tahun tidak memiliki sebarang akaun media sosial.

Shahul Hamid berkata, sebagai langkah alternatif, MCMC boleh melaksanakan sekatan terhadap platform media sosial yang mempunyai potensi untuk mendatangkan ancaman kepada kanak-kanak.

“Ini membolehkan ibu bapa mengawasi aktiviti dalam talian anak-anak mereka dan memastikan mereka hanya dapat me­ngakses kandungan sesuai untuk pendidikan.

“Tindakan perlu dilakukan secara berperingkat melibatkan MCMC, kementerian berkaitan dan jabatan undang-undang yang ada bagi memastikan ke­selamatan kanak-kanak semasa menggunakan media sosial,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Razali Yaakob berkata, kawalan lemah oleh pengendali platform media sosial menjadi kebimbangan utama.

Menurut beliau, dalam konteks ini, terdapat kewajaran untuk menetapkan had umur bagi pengguna media sosial terutama bagi kanak-kanak.

“Pada usia tertentu, individu sudah mampu berfikir tentang potensi keburukan yang boleh berlaku akibat tindakan yang tidak berhati-hati,” katanya.

Sementara itu, Pensyarah di Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Razali Yaakob berkata, kawalan lemah oleh pengendali platform media sosial menjadi kebimbangan utama. 

Menurut beliau, dalam konteks ini, terdapat kewajaran untuk menetapkan had umur bagi pengguna media sosial terutama bagi kanak-kanak.

“Pada usia tertentu, individu sudah mampu berfikir tentang potensi keburukan yang boleh berlaku akibat tindakan yang tidak berhati-hati.

“Menetapkan had umur dapat membantu mengurangkan risiko dihadapi oleh kanak-kanak dalam menggunakan platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan sebagainya,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×