Pyongyang salahkan Korea Selatan ceroboh dron

Pyongyang salahkan Korea Selatan ceroboh dron

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kementerian Pertahanan Korea Utara menyalahkan tentera Korea Selatan kerana menghantar dron ke wilayahnya untuk tujuan politik, dan menyifatkan tindakan itu sebagai pelanggaran kedaulatan negara.

Kementerian mengumumkan hasil siasatannya selepas mendakwa dron Korea Selatan terbang di ruang udara Pyongyang sebanyak tiga kali bulan ini untuk menyebarkan risalah anti-Utara, lapor KCNA.

Media negara itu turut menerbitkan gambar yang disifatkannya sebagai dron tentera Korea Selatan yang terhempas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semasa analisis program kawalan penerbangan dron itu, pihak berkuasa Korea Utara mendakwa menemukan lebih 230 pelan penerbangan dan log penerbangan sejak Jun 2023, termasuk rancangan menyebarkan ‘sampah motivasi politik’.

Rekod 8 Oktober lalu, menunjukkan dron itu berlepas dari pulau sempadan Selatan Baengnyeongdo pada lewat malam dan mengeluarkan risalah di atas bangunan Kementerian Luar dan Pertahanan di Pyongyang beberapa jam kemudian.

Kementerian Pertahanan Seoul belum memberikan komen, namun menegaskan tuntutan unilateral Pyongyang tidak layak untuk disahkan atau dijawab.

Jurucakap Korea Utara memberi amaran negara itu akan memberi tindak balas terhadap serangan kejam Korea Selatan, jika kes seumpama itu berulang, menurut KCNA.

Ketegangan antara kedua-dua negara itu memuncak semula sejak Korea Utara mula menerbangkan belon yang membawa sampah ke Korea Selatan pada akhir Mei lalu, mendorong Seoul memulakan kembali siaran propaganda melalui pembesar suara.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini