Indonesia halau kapal China di Laut Natuna

Indonesia halau kapal China di Laut Natuna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Indonesia menghalau kapal pengawal pantai China dari perairan yang dipertikaikan di Laut China Selatan sebanyak dua kali dalam beberapa hari lalu, langkah terbaharu negara Asia Tenggara terhadap tindakan Beijing di laluan air strategik itu.

Terdapat beberapa kapal China memasuki kawasan yang dituntut Indonesia di Laut Natuna Utara di pinggir selatan Laut China Selatan, menarik bantahan dari Jakarta.

“Kapal Pengawal Pantai China memasuki semula bidang kuasa Indonesia di Laut Natuna Utara pada hari Rabu.

“Sebuah kapal pengawal pantai Indonesia memintas bot itu dan menghalaunya dari kawasan itu,” kata Agensi Keselamatan Maritim Indonesia dalam satu kenyataan.
.
Agensi itu berkata, kapal tersebut pertama kali memasuki perairan yang dipertikaikan Isnin lalu.

Tetapi apabila sebuah kapal Indonesia cuba menghubungi bot China melalui radio, pengawal pantai China berkata, kawasan itu adalah sebahagian daripada bidang kuasa Beijing.

“Kapal itu mengganggu aktiviti tinjauan yang dijalankan oleh syarikat minyak milik kerajaan Pertamina,” katanya.

Sebuah kapal pengawal pantai Indonesia mengekori kapal itu dan menghalaunya.

Mendapan minyak dan gas besar yang tidak dieksploitasi dipercayai terletak di bawah dasar laut Laut China Selatan, walaupun anggarannya berbeza-beza.

Insiden itu adalah ujian awal bagi Presiden, Prabowo Subianto yang berikrar untuk memperkukuh pertahanan wilayah Indonesia.

Pada 2020, Indonesia mengerahkan jet pejuang dan kapal perang untuk meronda di perairan kepulauan Natuna dalam pertelingkahan dengan Beijing selepas kapal China memasuki kawasan itu.

Beijing dan Jakarta adalah sekutu ekonomi utama tetapi negara kepulauan terbesar dunia itu cuba menghalang kapal asing menangkap ikan di perairannya, dengan mengatakan ia menelan belanja berbilion dolar setiap tahun.

China menuntut hampir keseluruhan Laut China Selatan dan mengabaikan keputusan tribunal antarabangsa bahawa dakwaannya tidak mempunyai asas undang-undang.

China mengerahkan kapal tentera dan pengawal pantai sejak beberapa bulan kebelakangan ini dalam usaha mengeluarkan Filipina daripada trio terumbu dan pulau yang penting secara strategik di laluan air yang dipertikaikan.

Ia juga telah meningkatkan tekanan ke atas kumpulan pulau yang dipertikaikan yang dikawal oleh Jepun di Laut China Timur, menggegarkan Tokyo dan sekutunya.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×