Laksa Johor resipi ibu

Laksa Johor resipi ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAKSA setiap negeri memiliki keistimewaan masing-masing.

Misalnya, laksa Johor yang dimakan bersama spaghetti serta tekstur kuah yang lebih pekat.

Minggu ini Seri kongsikan Laksa Johor resipi ibu kepada Naha Md. Salleh yang menjadi kegemarannya sehingga kini.

Resipi ini menggunakan isi ikan kurau masin untuk menambahkan keenakan pada kuah. Jom cuba.

BAHAN-BAHAN

6 ulas bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 inci lengkuas (kisar)
1 inci halia (kisar)
15 tangkai cili kering direndam
hingga lembut (kisar)
1 kilogram ikan parang/sardin/kembung/tenggiri
1 keping isi ikan kurau masin sederhana besar
Santan 1 biji kelapa
2 sudu besar rempah kari daging
Minyak masak
1 batang serai dititik
3 sudu besar kerisik
1 ikat daun kesum
1 batang bunga kantan belah dua
2 hingga 3 kepingan asam
keping
Gula Melaka
Garam

CARA-CARA MEMASAK

Ikan di cuci bersih dan di rebus hingga masak.

Asingkan ikan dan air rebusan kemudian asingkan isi ikan dari tulangnya. Ambil tulang ikan, kepala dan ekor masukkan dalam  pengisar.

Tambahkan air rebusan ikan tadi dan kisar hingga halus, kemudian tapis buangkan hampasnya.

Ketepikan stok ikan dan isi ikan.

Satu keping isi ikan kurau masin sederhana besar di rendam hingga lembut kemudian di kisar halus.

Panaskan minyak tumiskan bahan kisar. Masukkan juga serai ketuk. Tumis bahanbahan hingga pecah minyak dan berbau harum.

Bila bahan tumisan sudah pecah minyak masukkan rempah kari. Sambung masak hingga rempah garing.

Bila dah garing masukkan air rebusan ikan. Biarkan kuah mereneh dan mendidih seketika.

Selepas kuah mendidih, masukkan santan dan juga ikan kurau masin yang dikisar halus. Kacau rata.

Masukkan isi ikan dan kacau hingga sebati. Biarkan kuah mendidih kemudian masukkan asam keping dan kerisik.

Masukkan bunga kantan dan daun kesum.

Perasakan dengan garam, gula secukup rasa. Biarkan kuah mendidih dan agak pekat sedikit. Siap.

Boleh dihidangkan dengan mi spaghetti dan ulam-ulaman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×