SYDNEY: Australia mengumumkan akan melabur berbilion dolar dalam tempoh dua dekad akan datang bagi membangunkan sebuah limbungan kapal di Australia Barat sebagai hab penyelenggaraan untuk armada kapal selam berkuasa nuklear. Rancangan itu terkandung di bawah perjanjian tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) atau AUKUS. Menurut Menteri Pertahanan, Richard Marles kerajaan akan membuat pelaburan awal sebanyak AS$85 juta (RM365 juta) dalam tempoh tiga tahun akan datang…










