AS tidak sokong Israel serang tapak nuklear Iran - Biden

AS tidak sokong Israel serang tapak nuklear Iran – Biden

SEORANG penduduk memeriksa bangunan yang musnah di Hod HaSharon selepas serangan peluru berpandu Iran terhadap Israel, Selasa lepas.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menegaskan tidak akan menyokong serangan Israel ke atas tapak program nuklear Teheran sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu Iran ke atas wilayahnya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jawapannya adalah tidak,” kata Biden kepada pemberita apabila ditanya sama ada beliau akan menyokong tindakan balas tersebut selepas Iran melepaskan kira-kira 180 peluru berpandu ke Israel, Selasa lalu.

Komen itu dibuat selepas beliau dan pemimpin Kumpulan Tujuh (G7) dari Kanada, Perancis, Jerman, Itali, Jepun dan United Kingdom (UK) bercakap melalui telefon tentang usaha menyelaraskan sekatan baharu terhadap Iran.

AS dan sekutunya berusaha untuk mengelakkan konflik di Asia Barat yang tercetus di Gaza daripada terus merebak.

Israel kini menjalankan operasi darat terhad merentasi sempadan utaranya dengan Lubnan untuk menentang Hezbollah, satu lagi kumpulan disokong Iran, selepas melakukan beberapa siri serangan udara besar-besaran yang membunuh ketua kumpulan itu, Hassan Nasrallah.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu memaklumkan sedang mempertimbangkan pelbagai pilihan untuk bertindak balas terhadap serangan tersebut yang merupakan serangan kedua Iran ke atas Israel dalam tempoh kurang enam bulan.

Menyasarkan program nuklear kontroversi Iran dilihat sebagai tindakan paling provokatif yang boleh diambil oleh Israel.

“Ia adalah salah satu tindakan yang Presiden Demokrat percaya boleh menyemarakkan lagi konflik di Asia Barat yang sekian lama dibimbangi boleh berkembang menjadi konflik serantau yang lebih luas,” kata White House.

Sementara itu White House dalam satu kenyataan berkata, pemimpin G7 mengutuk dengan tegas serangan Iran terhadap Israel dan Biden menegaskan semula perpaduan dan sokongan penuh AS kepada Israel dan rakyatnya.

Menurut Biden, beliau menyokong hak Israel untuk mempertahankan dirinya dan ada perkara yang perlu dilakukan sebagai tindak balas kepada serangan Iran.

Beliau turut menjangkakan sekatan daripada negara G7 yang akan diumumkan tidak lama lagi.-AP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN