Wajib Tayang Finas diterajui orang yang salah – Ahmad Idham

Wajib Tayang Finas diterajui orang yang salah – Ahmad Idham

AHMAD IDHAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah dan penerbit, Dr. Ahmad Idham Ahmad Nadzri, menyelar peneraju Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) kerana tidak agresif dalam memastikan Skim Wajib Ta­yang terpelihara tanpa wujud pelanggaran dalam sistem.

Menurut Idham, sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Finas, dia melihat wujud isu pelanggaran tarikh wajib tayang untuk sesebuah filem namun sehingga kini badan tersebut tidak mengambil apa-apa tindakan.

“Saya pernah tegur Finas dan minta mereka memainkan peranan untuk memastikan tiada lagi pihak yang tidak menghormati sistem dalam Finas. Kalau Finas ada wajib tayang, tetapi ada orang boleh langgar-langgar, buat apa ada wajib tayang?

“Lebih baik buat pasaran terbuka terus. Awak ada wajib tayang, awak minta kita ikut, tetapi dalam masa yang sama ada orang lain langgar, awak tak buat apa-apa. Itu yang saya nampak berlaku terhadap filem Harimau Malaya contohnya,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Selain itu, jelas Idham, apa yang berlaku pada filem arahan Datuk Afdlin Shauki itu menghampakan dan kesilapan datangnya daripada pihak Finas.

“Saya tengok dalam isu Harimau Malaya, Finas yang silap. Pihak produksi minta tarikh wajib tayang, mereka yang tak berikan. Bagi saya, kalau ada slot kosong itu berikan sahajalah.

“Finas penyelaras, bukan penentu filem itu laku atau tidak. Pernah sebelum ini, ada sebuah filem Finas berikan sehingga 100 buah pawagam, merudum juga filem itu. Sebab apa? Kroni.

“Sebab itu saya kata, Finas ini sekarang telah di­terajui oleh orang yang salah. Orang yang tak faham industri,”katanya.

Jelas Idham, dia berani berkata demikian kerana harus menyuarakan ketempangan isu yang membelenggu warga industri seni tempatan.

“Terus-terang saya cakap tentang ini, kalau tak boleh sahaja berdepan dengan saya. Boleh juga saya berikan tui­syen bagaimana menyusun semula industri ini kerana saya tengok, industri hari ini sudah semakin teruk dikendalikan Finas,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×