Bom Perang Dunia Kedua meletup di lapangan terbang Miyazaki

Bom Perang Dunia Kedua meletup di lapangan terbang Miyazaki

LETUPAN menyebabkan kawah sedalam tujuh meter di tengah laluan pengangkutan bersebelahan landasan.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah lapangan terbang serantau di barat daya Jepun ditutup hari ini, selepas bom yang mungkin digunakan semasa Perang Dunia Kedua meletup berhampiran landasan pesawat, menyebabkan hampir 90 penerbangan dibatalkan.

Lapangan Terbang Miyazaki menutup landasannya selepas letupan menyebabkan kawah sedalam tujuh meter di tengah laluan pengangkutan bersebelahan landasan, menurut pegawai Kementerian Pengangkutan Jepun.

Pasukan pemusnah bom dari Pasukan Pertahanan Darat Jepun mendapati punca letupan adalah daripada bom Amerika yang tertanam di bawah permukaan tanah, mungkin berasal dari serangan udara semasa perang.

Tiada kecederaan dilaporkan, tetapi rakaman menunjukkan sebuah pesawat berhampiran sedang bergerak di atas landasan hanya dua minit sebelum letupan.

Jurucakap kerajaan, Yoshimasa Hayashi berkata, penutupan landasan menyebabkan 87 penerbangan dibatalkan, tetapi tiada ancaman letupan selanjutnya dan kerja pembaikan lubang dijangka selesai Khamis ini.

Menurut laman web lapangan terbang, penerbangan yang terjejas dikendalikan oleh JAL (9201.T), ANA (9202.T) dan syarikat penerbangan lain yang menghubungkan Miyazaki dengan Tokyo, Osaka dan Fukuoka.

Terletak di hujung tenggara pulau Kyushu, lapangan terbang Miyazaki dahulunya merupakan pangkalan tentera laut Jepun sehingga akhir Perang Dunia Kedua.

Beberapa bom yang tidak meletup sebelum ini ditemukan di lapangan terbang berkenaan, kata pegawai kementerian pengangkutan.- REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×