Syarikat penerbangan selaras operasi ekoran konflik Iran-Israel

Syarikat penerbangan selaras operasi ekoran konflik Iran-Israel

SISTEM Iron Dome memintas peluru berpandu balistik yang dilancarkan Iran ke Israel, 1 Oktober lepas.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Beberapa syarikat penerbangan yang beroperasi di Teluk menyelaraskan laluan penerbangan mereka untuk memastikan keselamatan penumpang, susulan serangan Iran terhadap Israel semalam.

Reuters melaporkan, negara-negara jiran sudah menutup ruang udara mereka dan kru syarikat penerbangan sedang mencari laluan alternatif untuk mengelak daripada konflik yang semakin meruncing.

Etihad Airways memaklumkan, ia mengubah laluan beberapa penerbangannya hari ini berikutan sekatan ruang udara di Asia Barat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Syarikat dari Abu Dhabi itu berkata, pihaknya sentiasa memantau kemas kini keselamatan dan ruang udara selaras dengan situasi semasa.

Sementara itu, Emirates Airlines mengumumkan pembatalan semua penerbangan ke dan dari Iraq, Iran dan Jordan pada 2 serta 3 Oktober.

Syarikat penerbangan tersebut turut memantau rapat situasi di rantau itu dan berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan mengenai sebarang perkembangan baharu.

Qatar Airways juga menangguhkan sementara penerbangan ke dan dari Iraq serta Iran berikutan penutupan ruang udara.

Flydubai membatalkan penerbangan ke Jordan, Iraq, Israel dan Iran pada hari ini dan esok, ekoran penutupan sementara ruang udara, menurut syarikat dalam kenyataan.

Kuwait Airways berkata, syarikatnya menyelaraskan laluan penerbangan untuk beberapa perkhidmatan, menyebabkan perubahan pada waktu destinasi.

“Syarikat ini melaksanakan langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan penumpang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN