Bongkar mitos DIY kecantikan - Utusan Malaysia

Bongkar mitos DIY kecantikan

Kulit kayu manis sering digunakan sebagai pupur anti-bakteria untuk jerawat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Melakukan sendiri do-it-yourself atau DIY rutin kecantikan bukan luar biasa dilakukan wanita. Namun tahukah anda sejauh mana ia selamat digunakan pada wajah atau kulit? Jom kita siasat apa mitos yang dimaksudkan di sebalik tip DIY kecantikan yang selalu digembar-gemburkan selama ini.

#1 Cuka Epal
Cuka epal, antara bahan semulajadi dicanang hebat sebagai rutin dalam penjagaan kecantikan. Ia dikatakan bermanfaat sebagai pembersih wajah dan rambut malah turut digunakan sebagai masker wajah dan pewangi ketiak. Namun adakah ia boleh dipercayai?

Cuka epal.

Menurut Pakar kulit, Dr. Jonathan Wolfe, jika diikutkan secara sains, penggunaan cuka epal boleh mengurangkan bakteria kulit dengan mengubah kadar pH kulit dan ini sangat membantu dalam penjagaan kulit wajah.

Sementara itu, seorang lagi doktor, Dr. Mary John menyatakan, cuka epal bagus dalam merawat kelemumur kerana tahap keasidannya membantu menyingkirkan sel kulit kepala yang rosak.

#2 Kulit kayu manis
Kulit kayu manis popular digunakan bersama madu. Ia sering digunakan sebagai pupur anti-bakteria untuk jerawat.

Jurnal The BMC Complementary and Alternative Medicine menemui bukti awal menunjukkan kulit kayu manis mengandungi anti-mikrobial, memulihkan parut dan anti-penuaan.

Namun pakar kulit tetap bertegas menyatakan kulit kayu manis sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan buat kulit. Ini kerana kulit kayu manis tergolong dalam kategori herba dan ia boleh menyebabkan keradangan.

#3 Soda Bikarbonat
Soda bikarbonat yang dicampur dengan air, seringkali digunakan sebagai pencuci muka bagi kulit yang berminyak. Ia turut digunakan sebagai pupur rambut bagi merawat rambut berminyak dan kekotoran daripada kelemumur.

Pakar kulit, Dr. Jaishree Sharad, mendedahkan, tiada bukti kajian saintifik menyokong kenyataan yang bahan itu mampu membuang sel kulit mati dan mengurangkan minyak.

Walaupun ia mungkin boleh mengurangkan comedons (jeragat) tetapi ia juga boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan lebih sensitif.

Begitupun ada petua menyatakan, sekiranya ingin merawat kulit berminyak, campurkan soda bikarbonat dengan madu. Campuran ini diyakini berupaya mengurangkan bintik hitam.

#4 Jus lemon
Buah sitrus ini sangat popular dalam kandungan produk pencerahan dan mengelakkan jerawat. Malah apa yang lebih menyakinkan, perbezaan kulit wajah yang sangat ketara dapat dilihat sebelum dan selepas menggunakan produk berasaskan lemon. Contoh paling mudah ialah ketiak. Kawasan itu lebih cerah apabila digosok dengan lemon secara berterusan.

Lemon.

Kulit wajah sihat mempunyai tahap keasidan yang sedikit, iaitu yang membantu mengelak bakteria dan kulat yang tidak diperlukan.

Menurut Dr .Macrene Alexiades, asid boleh lenyapkan sel kulit. Apabila digunakan dalam kuantiti sedikit, ia boleh menghilangkan sel kulit mati, seterusnya menjadikan kulit lebih cerah dan mulus.

Namun, pakar kulit, Dr. Dendy Engelman mendedahkan, walaupun ada kebaikan namun pengguna masih perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Ini kerana lemon boleh menyebabkan keradangan, jeragat dan kulit lebih sensitif dengan cahaya matahari. “Individu menggunakan produk mengandungi jus lemon perlu mengelak daripada terlalu terdedah cahaya matahari kerana ia boleh menyebabkan reaktif pada kulit,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×