Harmoni sempurna klasik, kontemporari

Harmoni sempurna klasik, kontemporari

RUANG MEMASAK gaya mewah dengan perincian marmar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KETERAMPILAN mewah pada setiap ruangan kediaman ini terhasil daripada harmoni yang sempurna antara konsep klasik dan kontemporari.

Pemilik, Azlin Abdul Aziz bijak menyatukan reka bentuk klasik dengan sentuhan dekorasi moden bagi mendapatkan suasana yang malar segar untuk singgahsana mereka.

Kata Azlin, kediaman jenis teres itu mengetengahkan elemen klasik seperti kayu, batu, marmar terutama di bahagian dapur dan struktur moden seperti pintu lengkung kaca.

Pintu lengkung di bahagian dapur lengkapkan suasana moden.

“Rumah kami adalah rumah intermediate di mana pencahayaan adalah terhad. Jadi kami perlu memilih konsep yang akan membuatkan ruang rumah tampak lebih luas dan lapang, selain memilih konsep yg malar segar.

“Sesetengah konsep akan menjadi ‘basi’ atau jemu seiring peredaran masa. Tapi saya rasa dengan konsep klasik kontemporari ini, kami akan sentiasa boleh mengubah suai mengikut trend baharu sambil mengekalkan konsep yang sama.

“Lagipun, ruang rumah akan nampak lebih luas dgn menggunakan rona-rona tanah (earthy tones),” katanya kepada Seri.

Teknik pencahayaan

Berkongsi rahsia kediamannya tampil mewah dan elegan pada setiap sudut, kata wanita berusia 33 tahun ini, teknik pencahayaan adalah kuncinya.

Pencahayaan semula jadi yang digabungkan dengan cahaya suram daripada lampu membangkitkan suasana mewah dan elegan.

kombinasi rona gelap dan cerah di bahagian dapur.

Terutamanya pada bahagian yang dilengkapi dengan unsur-unsur moden dan klasik seperti marmar di bahagian dapur dan kayu pada beberapa sudut.

Selain itu, padanan warna yang sesuai turut menyempurnakan keterampilan pada ruangan.

“Elemen klasik mengutamakan tona warna yang lembut seperti beige, putih dan krim.

“Dalam versi kontemporari, warna ini digabungkan dengan warna yang lebih berani dan terang seperti hitam serta kayu gelap.

“Sebab itu kami memilih mozek hitam untuk ruang legar dan tangga juga rona hitam,” jelasnya yang juga aktif berkongsi mengenai tips dekorasi di Instagram cassia.casa.

Rona kayu gelap juga turut diaplikasi pada kitchen island mewujudkan rona kontra dengan kabinet dapur yang berwarna krim.

AZLIN Abdul Aziz dan suami

Secara keseluruhan, kediaman berkeluasan 2402 kaki persegi itu berjaya menghidupkan suasana klasik tetapi dalam lingkungan kehidupan moden.

Lebih menarik, susun atur dan dekorasi yang minimal dan tidak keterlaluan menjadikan kebanyakan ruangan tampak fleksibel.

Bermakna, ia sentiasa boleh disuai padan dengan pelbagai aksesori dan gaya bagi mengubah mood dan suasana ruang pada satu-satu masa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×