Suami dipaksa lihat isteri dirogol tentera Israel

Suami dipaksa lihat isteri diperkosa

RAKYAT Palestin di Gaza terpaksa menjadikan kawasan pantai di wilayah tersebut sebagai pe­nempatan terakhir. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekejaman tentera Israel terus menjadi ‘mimpi ngeri’ buat rakyat Palestin ter­utama golongan wanita yang terpaksa menjadi pemuas nafsu tentera Zionis.

Rakyat Malaysia yang pernah terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron berkata, kisah tragis tersebut diceritakan sendiri oleh keluarga mentuanya dan kenalan di Palestin.

Menurutnya, terdapat pasangan atau keluarga yang tidak dapat berpindah dari zon merah walaupun diarah keluar oleh tentera Israel kerana tiada destinasi lain untuk dituju selain ketiadaan khemah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Jadi, mereka ambil risiko duduk di dalam zon merah termasuk kawan baik saya.

“Di sana, tentera Israel menyerbu rumah yang diduduki pasangan suami isteri tersebut dan merogol si isteri dengan suaminya dipaksa melihat perbuatan keji itu.

“Kebiasaannya selepas perbuatan keji sedemikian, tentera Israel akan bunuh si suami, namun kali ini mereka biarkan pasangan suami isteri itu hidup dengan tujuan ingin mendera mereka secara mental,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kehidupan rakyat Palestin terutama di Gaza ketika ini masih diambang kebuluran dan amat daif sehingga terpaksa menjadikan kawasan pantai di wilayah tersebut sebagai pe­nempatan terakhir selepas tiada lagi tempat selamat untuk melarikan diri daripada serangan rejim Zionis.

Berdasarkan laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, hanya 11 peratus daripada 360 kilometer persegi keluasan Gaza tidak dikenakan arahan pengosongan oleh tentera Israel setakat ini.

Mengulas lanjut, Nurul Ain memberitahu, rakyat Palestin yang berada di zon merah turut dibunuh dan diseksa secara kejam oleh tentera Israel.

“Bapa dan ibu saudara suami saya juga dibunuh di dalam rumah mereka yang terletak dalam zon merah.

“Sekarang sudah mula musim hujan tapi mereka tidak mempunyai khemah untuk berteduh dan tidak tahu nak ke mana lagi,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini