Suasana sedih dan sayu iringi keberangkatan duli Yang di- Pertuan Agong dan Permaisuri Agong. - Utusan Malaysia

Suasana sedih dan sayu iringi keberangkatan duli Yang di- Pertuan Agong dan Permaisuri Agong.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Hari ini merupakan salah satu detik bersejarah bagi seluruh rakyat malaysia apabila genap lima tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di- Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah telah berangkat meninggalkan Dataran Parlimen pada pukul 9.16 pagi tadi untuk menuju ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk pulang ke negeri Pahang.

Difahamkan, lebih 3,500 rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk penjawat awam dan kakitangan swasta berbaris di kiri dan kanan jalan memberikan lambaian bagi mengucapkan selamat jalan kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya