Keluarga suspek bunuh Bella minta Caprice jangan menyibuk - Utusan Malaysia

Keluarga suspek bunuh Bella minta Caprice jangan menyibuk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Episod kes pembunuhan kejam ibu tunggal dua anak Bella atau Mila Sharmilah Samsusah, 32, memasuki cerita baharu apabila ahli keluarga suspek dikatakan cuba menghalang penyanyi rap, Caprice tidak masuk campur dalam urusan kes berkenaan.

Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, 36, telah membuat ulasan di Instagram miliknya berhubung dengan keganasan rumah tangga dan hubungan kasih sayang atau cinta sesama manusia.

Caprice meminta individu yang mempunyai suami atau teman lelaki kaki pukul dan sebagainya supaya memutuskan hubungan agar perkara seperti menimpa Bella terjadi ke atas mereka.

Susulan itu, Caprice didakwa menerima DM (Direct Messager) melalui Instagramnya daripada seorang individu yang dipercayai ahli keluarga suspek kes bunuh terbabit.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya