Syed Saddiq jadi tumpuan di Parlimen - Utusan Malaysia

Syed Saddiq jadi tumpuan di Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini ekoran beliau mengumumkan keluar dari blok Kerajaan semalam.

Difahamkan beliau akan bertukar kedudukan kerusi di blok Pembangkang esok namun tidak menyertai Perikatan Nasional.

Perkara ini terjadi susulan tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan menggugurkan 47 pertuduhan rasuah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ujarnya, keputusan tersebut dibuat selepas perbincangan dibuat bersama pimpinan Muda yang lain.

Syed Saddiq berkata, Muda ingin memberi fokusnya menjadi kuasa ketiga di blok pembangkang.

Pengumuman Muda ini menyebabkan Kerajaan Perpaduan hanya mempunyai 147 ahli Parlimen iaitu kurang satu untuk majoriti dua pertiga.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya