Remaja lelaki 17 tahun didakwa bunuh rakan sekampung - Utusan Malaysia

Remaja lelaki 17 tahun didakwa bunuh rakan sekampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seorang remaja lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret Teluk Intan hari ini atas pertuduhan membunuh rakannya di Rungkup, Bagan Datuk, dua minggu lalu.

Tertuduh berusia 17 tahun itu mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dalam bahasa Tamil dibacakan ke atasnya di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin yang bertindak sebagai majistret namun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Menerusi laporan media pada 24 Ogos lalu, mayat seorang lelaki dengan kesan luka di bahagian tangan, kaki dan leher itu ditemukan dalam parit di kawasan kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Payung Baroh, Rungkup di Bagan Datuk.

Berdasarkan siasatan, suspek mengaku melakukan pembunuhan tersebut dan motif kejadian dipercayai ekoran cemburu kerana mangsa mengganggu teman wanitanya.

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya